PRU: Dakwaan GPS bertanding di Sabah palsu, fitnah politik – Abdullah
KUCHING: Berita kononnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang adalah palsu dan dogeng ciptaan pihak tertentu yang berniat jahat. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, UKAS dan Penerangan), Datuk Abdullah Saidol berkata, ‘tidak akan ada bukti’ Premier Sarawak selaku Pengerusi GPS Sarawak […]
Projek perparitan Taman RMR Lundu ditender
LUNDU: Masalah perparitan yang sering membelenggu penduduk Taman RMR Lundu dijangka selesai menjelang tahun hadapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, masalah itu yang menyebabkan banjir kini sedang diatasi yang mana projek berkaitan telah ditender. “Dengan pelaksanaan projek ini, masalah banjir di Taman RMR Lundu dijangka selesai sepenuhnya […]
UiTM Mukah Night Bazaar buka peluang pada usahawan kecil
MUKAH: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Night Bazaar Siri 8 diadakan di parkir Takan Berambih, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah di sini dari 17 hingga 19 April ini. Program bertemakan “Riuh Raya Street Fiesta” menampilkan pelbagai gerai makanan tradisional dan minuman popular, pakaian raya serta aktiviti santai yang menarik kehadiran pengunjung. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]
100 Tahun Sambutan Hari Peringatan Sedunia, perkukuhkan persahabatan global
KUCHING: Sambutan Hari Peringatan Sedunia peringkat Sarawak menjadi detik bermakna apabila ulang tahun ke-100 diraikan dengan penekanan terhadap nilai persahabatan sebagai asas perpaduan global. Sambutan anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Sarawak itu disempurnakan oleh Penaungnya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, pada hari ini. Majlis tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Cawangan, Dato […]
Warga MUDENR kekalkan profesionalisme, semangat berpasukan
KUCHING: Warga Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDENR) perlu memiliki tahap profesionalisme yang tinggi. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini kerana kementerian itu memainkan peranan strategik dalam merancang pembangunan bandar yang tersusun. Di samping itu, katanya kementerian terbabit juga […]
Saintis tempatan rintis potensi bahan api pesawat berasaskan minyak sawit
KUCHING: Penemuan saintis tempatan yang berjaya mengenal pasti komponen daripada minyak sawit sebagai sumber bahan api pesawat membuka potensi baharu kepada Sarawak dalam industri penerbangan mampan. Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan teknologi tersebut kini sedang diterokai oleh penyelidik tempatan di Sarawak Biodiversity Centre (SBC) sebagai asas kepada penghasilan bahan api penerbangan mampan […]
Lebih 5,000 peserta hadiri Konvensyen GPS Ahad ini, persiapan lancar
KUCHING: Lebih 5,000 peserta parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkampung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, bagi menghadiri Konvensyen GPS pada 19 April ini. Mereka terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Setiausaha Agung GPS merangkap Menteri Kerja […]
Premier Sarawak setuju perluas pelaksanaan SPK Debak
BETONG: Skim Pembesaran Kampung (SPK) di kawasan Debak akan diperluaskan ke kawasan yang belum mendapat skim tersebut. Ia selepas kelulusan daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas permintaan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Datuk Mohammad Razi Sitam. “Jadi kita […]
Kursus latihan penerbangan kapal terbang, dron dicadang di CENTEXS Betong
BETONG: Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Betong dicadang agar menyediakan kursus latihan penerbangan melibatkan kapal terbang dan dron. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan perkara tersebut kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas di Pusat Sukan […]
Sarawak fokus tenaga hijau, penggunaan diesel bakal berakhir
DEBAK: Sarawak kini berada di landasan kukuh untuk menamatkan sepenuhnya kebergantungan kepada bahan api diesel bagi penjanaan elektrik dan pengangkutan awam menjelang tahun 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah “Selamat Tinggal Diesel” itu merupakan sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi penekanan kepada kemakmuran […]
