BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 2015 / November

Arkib Bulanan: November 2015

Asuhan kental resipi kejayaan didik anak

Nuli bersama isteri, Khadijah berkongsi kegembiraan bersama anak-anak dan cucu

MIRI:  Asuhan kental, didikan sempurna serta sering mengingatkan anak-anak supaya tidak meninggalkan solat menjadi kunci kejayaan Mohd Nuli Abdullah dan isteri, Khadijah Abdullah mendidik anak-anak sehingga berjaya. Pasangan suami isteri itu merupakan penerima Anugerah Maal Hijrah Keluarga Contoh pada tahun ini. Menurut Nuli, beliau bersikap terbuka terhadap anak-anak terutama dalam pelajaran kerana mereka sudah boleh berfikir sendiri kebaikan dan keburukan. “Saya tidak mahu terlalu memaksa anak-anak dalam hal pelajaran, ...

Lagi Berita »

Belajar kesilapan lalu, untuk lebih maju – Adenan

Taib dan Adenan merakam kenangan bersama penerima Anugerah Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1437H di Miri

MIRI:Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengajak masyarakat Islam supaya terus memperkasakan perpaduan demi mencapai kemajuan ummah. Adenan berkata, berbekalkan semangat hijrah yang ditunjukkan Rasulullah SAW dan sahabat baginda, maka penindasan yang dilakukan kuffar Makkah terhadap Rasulullah SAW dan sahabat Nabi tidak melemahkan semangat atau menjadi penghalang Baginda SAW untuk bangkit dan maju. Sebaliknya, kata beliau, tekanan itu dijadikan penggerak cara berfikir dan ...

Lagi Berita »

Amalkan gaya hidup sihat – Nancy

Nancy bergotong-royong bersama penduduk setelah melancarkan program Pelepasan Acara Berbasikal dan 10,000 langkah di Padang Sentral Simunjan.

SIMUNJAN: Amalkan gaya hidup sihat dengan mempertingkatkan kegiatan sukan dalam kehidupan seharian. Itu saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen Sadong Jaya ketika melancarkan Hari Sukan Negara peringkat daerah Simunjan di sini, baru-baru ini. “Malaysia mempunyai cita-cita untuk muncul sebagai negara bersukan dan itulah juga matlamat utama kita di Batang Sadong. “Ketika ini aktiviti bersukan rakyat Malaysia masih rendah iaitu pada ...

Lagi Berita »

Kabinet lulus definisi baharu ibu tunggal

Rohani menerima sumbangan zakat daripada Bank Rakyat untuk Asnaf bagi Parlimen Batang Lupar di Kuching.

KUCHING: Wanita yang menyara anak dan suaminya yang tidak bekerja disebabkan uzur, kini ditakrif sebagai ibu tunggal sekali gus layak menerima pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan. Begitu juga dengan wanita sebagai ketua keluarga dan belum berkahwin selain mengambil anak angkat atau anak tidak sah taraf, juga dikategorikan sebagai ibu tunggal. Sebelum ini, kerajaan hanya mentakrifkan wanita sebagai ketua keluarga sudah bercerai atau berpisah secara ...

Lagi Berita »

Pesta Lundu jadi acara tahunan

Adenan menerima cenderahati berupa pengayuh selepas merasmikan penangguhan Regata Batang Kayan sempena Pesta Lundu di Lundu

LUNDU: Pesta Lundu akan dijadikan acara tahunan dalam usaha untuk meningkatkan lagi sosio-ekonomi usahawan dan penjaja kecil tempatan serta medium untuk mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, berkata ini berikutan Pesta Lundu itu mendapat sambutan dan untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri datang ke sini. “Melalui pesta ini, kita mahu Lundu dan Sematan turut dikenali sebagai salah ...

Lagi Berita »

PKS, nadi pembangunan ekonomi negeri

Awang Tengah mewakili Ketua Menteri menyampaikan cenderamata kepada seorang penaja ketika merasmikan Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan Sarawak Kedua di Hotel Grand Margerita, Kuching

  KUCHING: Kerajaan memperuntukkan 192.4 hektar tanah dalam kawasan Tanah Perindustrian Samalaju bagi menempatkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, berkata kerajaan melalui pelbagai agensi sudah membangunkan lebih 7,200 hektar tanah perindustrian di seluruh negeri sebagai usaha menggalak dan menyokong pertumbuhan PKS. “Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), kerajaan ...

Lagi Berita »

Projek Jiwa Murni jimat 90 peratus kos – Zahid

Zahid bersama beberapa menteri Persekutuan dan Negeri berjalan merentasi jambatan besi yang merupakan salah satu komponen dalam Projek Jiwa Murni Jalan Menjawah ke Pekan Belaga.

BELAGA: Penduduk Belaga kini boleh tersenyum lebar apabila jalan sepanjang 38 kilometer dan sebuah jambatan sepanjang 138 meter yang menghubungkan Long Menjawah ke pekan Belaga, siap sepenuhnya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata projek itu adalah salah satu Projek Jiwa Murni di Sarawak yang dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) secara usaha sama. “Anggaran Jabatan Kerja ...

Lagi Berita »

Zahid bawa khabar gembira di Belaga

Zahid menandatangani Buku  Pelawat semasa menghadiri perasmian MK Bakun di Sungai Asap, Belaga.

BAKUN : Kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke sini baru-baru ini membawa perkhabaran gembira apabila meluluskan 20 kuarters guru. Selain itu, beliau turut mengumumkan pembinaan trek dan balapan, pembinaan gelanggang serbaguna, menyediakan kemudahan asas dan keperluan makmal sains, sumbangan RM90,000 kepada PIBG SMK Bakun dan tambahan RM10,000 daripada Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zulkifli Mohd Zin. Zahid ...

Lagi Berita »