BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 2015 / December

Arkib Bulanan: December 2015

Pernah disogok untuk berpaling tadah

Suhaili melawat Kuala Lumpur pada zaman bujangnya

BINTANGOR : Seorang pemimpin veteran PBB mendedahkan bagaimana beliau pernah disogok untuk berpaling tadah dan ditawarkan ganjaran wang ringgit untuk tidak membantu kempen calon Barisan Nasional (BN). Suhaili Bujang, 71, yang kini memegang jawatan sebagai Pemanca, berkata peristiwa itu berlaku buat kali pertama baginya pada pilihan raya umum Parlimen 1986. “Saya dijanjikan ganjaran wang ringgit supaya jangan berkempen membantu calon BN. Saya bukan orang mata ...

Lagi Berita »

Ripin realisasikan impian rakyat

Ripin menghadiri Program Praktikal SKSJ Khas Zon Miri/Sibuti

LAMBIR: Meskipun baru sepenggal menjadi wakil rakyat, Ripin Lamat sudah berjaya membawa pelbagai projek pembangunan untuk rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Lambir. Malah, beliau terus bekerja keras untuk memastikan ‘anak-anak buahnya’ mengecapi kehidupan lebih baik. Sebaik sahaja membabitkan diri dalam dunia politik, Ripin berazam mahu memberi kemudahan terbaik seperti sektor sosioekonomi, infrastruktur, kemudahan sukan dan rekreasi serta meningkatkan pendidikan dalam usaha melahirkan generasi cemerlang, gemilang dan ...

Lagi Berita »

Wahab ucap terima kasih

Wahab (tengah) bersama sukarelawan yang terlibat program gotong-royong membersih tapak kebakaran Klinik Kesihatan Daro

DARO: Ahli Parlimen Igan, Datuk Abdul Wahab Dolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam program gotong-royong membersih tapak kebakaran bangunan Klinik Kesihatan Daro di sini. Kesudian orang ramai dan anggota agensi kerajaan terbabit menyertai program gotong-royong itu mencerminkan suasana hidup harmoni dan kesediaan masyarakat untuk bekerjasama menghadapi sebarang kemungkinan, katanya. “Kehadiran lebih 300 orang pada program itu melambangkan semangat ikatan kerjasama dalam kalangan penduduk di ...

Lagi Berita »

Kenangan pahit manis berkempen di pedalaman

Senorita menunjukkan buku Sarawak Women In Arts yang turut memaparkan kisahnya sebagai seorang pencinta kebudayaan

KUCHING: Pengalaman meniti batang kayu balak yang tenggelam timbul ketika dipijak untuk menyeberang sungai tidak pernah mematahkan semangat Datin Senorita Linang berkempen bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) lewat tahun 80-an. Ahli Majlis Tertinggi Wanita PBB ini juga pernah mendaki bukit dalam suasana pekat malam dan ditimpa hujan untuk sampai ke rumah panjang yang terletak jauh di pedalaman semata-mata memperjuangkan agenda ...

Lagi Berita »

Adenan: Tumpuan bangunkan luar bandar

Adenan melihat pameran semasa perasmian projek pembinaan Jambatan Sungai Sibuti

BEKENU: Kerajaan negeri akan terus membangunkan kawasan luar bandar sedikit demi sedikit supaya jurang pendapatan antara penduduk bandar dengan luar bandar dapat dirapatkan. Ini dibuktikan apabila projek pembinaan Jambatan Sungai Sibuti dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem. Keseluruhan kos projek itu menelan belanja RM30 juta. Ia membabitkan jambatan sepanjang 96 meter dengan anggaran kos RM12 juta, pembinaan jalan sejauh 18.33 kilometer (km) ...

Lagi Berita »

Pesta Simunjan, Regata Batang Sadong meriah

Awang Tengah, Nancy, Naroden dan tetamu lain bergambar dengan juara Raja Batang Sadong iaitu Puteri Dang Balai dari Yayasan Sarawak

SIMUNJAN: Setelah kali terakhir diadakan 20 tahun lalu, Pesta Simunjan 2015 dan Regata Batang Sadong kini muncul semula dengan penganjuran yang lebih berskala besar dan menarik. Bertemakan “Sehati Sejiwa”, pesta itu mampu menjadi temasya yang boleh menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai bangsa, kaum dan juga, agama. Malah, kemunculan Pesta Simunjan dan Regata Batang Sadong kali ini bukan hanya ditunggu oleh peserta yang mengikuti pelbagai acara ...

Lagi Berita »

“Terima kasih, calonkan saya semula,” – Talib

Adenan menyampaikan anugerah integriti kepada salah seorang kakitangan SEDC semasa sambutan Hari Integriti SEDC 2015 di Hotel Riverside Majestic, Kuching

KUCHING: “Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk terus berkhidmat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip setelah namanya diumumkan untuk mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di hadapan kira-kira 500 kakitangan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) ketika sambutan Hari Integriti SEDC 2015. Lebih meriah lagi apabila ...

Lagi Berita »

Daftar ahli PAWE, sertai aktiviti berfaedah

Sharifah Mordiah merakamkan kenangan bersama sebahagian ahli PAWE Kuching sambil mempamerkan hasil kraftangan mereka

KUCHING: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah pusat persinggahan berkonsepkan ‘walk in centre’ untuk warga emas menjalankan aktiviti sosial dan riadah bersama masyarakat lain atau rakan seusia mereka. Penubuhan pusat itu cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada warga emas menjalani aktiviti terutama mereka yang tinggal bersendirian ketika ahli keluarga atau penjaga tiada di rumah atau keluar bekerja. Antara aktiviti ...

Lagi Berita »

“Mengapa saya pilih politik” – Angela

KUCHING: Seorang graduan undang-undang berpendapat, membabitkan diri dalam politik adalah platform terbaik bagi golongan muda untuk berbakti kepada masyarakat. Angela Jinget, 31, yang menjadi ahli Parti Pesaka bumiputera Bersatu (PBB) Tarat pada tahun 2010, berkata dengan berbuat demikian, generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan, akan tahu serta lebih peka mengenai keperluan rakyat akar umbi. Namun, dia tetap menganggap politik sebagai ...

Lagi Berita »

Masuk PBB, aktifkan diri

KUCHING: Generasi muda terutama wanita disaran mengambil bahagian dengan menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang wujud di kawasan berdekatan penempatan masing-masing. Ketua Wanita PBB Ranting Kampung Selang Ulu, Nor Atikah Duan, 24, yang menyertai parti itu sejak 2013, berkata pembabitan golongan muda penting kerana ia boleh mendatangkan banyak manfaat selain mengukuhkan lagi silaturahim yang terjalin bersama jiran tetangga yang turut menyertainya. “Tidak kiralah apa ...

Lagi Berita »