BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 2016 / January

Arkib Bulanan: January 2016

Penerima sumbangan ucap terima kasih

Dr. Abdul Rahman menghulurkan sumbangan kepada OKU semasa program lawatan kebajikan Skuad Sayang Pantai Damai

KUCHING: Pengagihan kepada 120 penerima sumbangan Program Membara Prihatin Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula 29 November lalu. Sumbangan berupa keperluan harian itu diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal, orang sakit dan Orang Kelainan Upaya (OKU) bertujuan membantu meringankan beban golongan berkenaan. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya dan ...

Lagi Berita »

Skuad Sayang Pantai Damai agih sumbangan

Dayang Madinah (tiga kanan) bersama rombongan Program Membara Prihatin Rakyat terdiri daripada JASA dan ahli PBB N.8 Satok menyerahkan sumbangan kepada Soyong Labor di Kampung Bandarsah, Kuching

KUCHING: Seramai 19 golongan kurang berkemampuan dari tiga kampung di kawasan Pantai Damai menerima sumbangan berupa keperluan dapur, barangan makanan dan wang tunai baru-baru ini. Sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi menerusi program lawatan kebajikan Skuad Sayang Pantai Damai. Tiga kampung terbabit termasuk Kampung Panglima Seman Lama dan Kampung Semarang. Golongan kurang berkemampuan yang menerima sumbangan itu termasuk ibu tunggal, warga emas, orang kelainan ...

Lagi Berita »

Projek rumah mesra rakyat di Kpg Sungai Midin

Abang Johari merasmikan upacara pecah tanah projek Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Kampung Sungai Midin, Kuching, manakala gambar kecil lakaran rumah tersebut

KUCHING: Kerajaan negeri terus mengutamakan keperluan rakyat dengan membina sejumlah 52 unit rumah di bawah program projek Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Kampung Sungai Midin di sini, pada Disember ini. Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, berkata kos keseluruhan untuk fasa pertama bagi projek itu membabitkan peruntukan RM8 juta iaitu RM3.5 juta untuk kos membina 52 unit rumah dan RM4.5 juta untuk ...

Lagi Berita »

Transformasi luar bandar

Adenan melihat reka bentuk Jambatan Bako semasa merasmikan upacara pecah tanah jambatan tersebut

Penduduk kawasan luar bandar akan mendapat manfaat besar apabila Lebuh Raya Pan Borneo dari Sematan hingga ke Lawas sepanjang 1,089 km siap menjelang tahun 2023. Pembinaan lebuh raya bebas tol itu adalah sebahagian program transformasi luar bandar yang sedang giat kerajaan laksanakan. Selain membina lebuh raya, kerajaan turut membina empat jambatan utama untuk mempercepatkan hubungan dan ...

Lagi Berita »

Orang muda ceburi politik, boleh buka minda

Nizam bersama-sama Timbalan Pengarah Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak Kartina Ujin semasa menghadiri sebuah program anjuran AADK

KUCHING: Bimbang akan situasi politik yang boleh memusnahkan bangsa Melayu dan Bumiputera lain ketika itu mendorong Mohd Nizam Maulana Zaini, 38, untuk berjinak-jinak dalam dunia politik. Beliau mula menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada tahun 1999 kerana menganggap kaum Melayu dan Bumiputera ketika itu agak kurang berani bersuara untuk memperjuangkan hak mereka. “Pada ketika itu, golongan belia tidak terbabit secara aktif dalam politik yang ...

Lagi Berita »

Sanggup terima arahan turun padang

Dayang Nurfizawati merakam kenangan bersama Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah, ADUN Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan ahli Skuad Sayang yang lain

KUCHING: Menggunakan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman ketika berkhidmat di sebuah syarikat antarabangsa mendorong Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim bergiat aktif dalam pertubuhan sukarelawan dan politik sebaik mengambil keputusan untuk pulang ke Sarawak pada 2009. Lebih mesra dengan panggilan Fifi, 37, sebelum ini bertugas sebagai Pengurus Alam Sekitar, Keselamatan Kesihatan di Baker Oil Tools Malaysia Area, Baker Hughes yang berpangkalan di Malaysia selain Brunei, Filipina dan ...

Lagi Berita »

Berjaya catat jualan RM2 juta

Najib bersama Adenan, Jabu dan Shabery merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2015 di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung dan mencatat jualan kira-kira RM2 juta adalah suatu kejayaan besar sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2015 selama enam hari diadakan di sini, baru-baru ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, berkata perkembangan itu membuktikan acara berkenaan relevan dalam membantu meningkatkan pendapatan pengusaha pertanian di negara ini dan Sarawak khususnya. “Sambutan HPPNK sesungguhnya memberi banyak manfaat ke arah mendukung usaha kerajaan terutama Kementerian Pertanian ...

Lagi Berita »

Petani perlu ubah minda – Najib

Najib bersama Adenan dan Shabery merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2015 di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Golongan petani, penternak dan nelayan perlu mengubah minda untuk menjadikan bidang pertanian sebagai industri yang boleh menjana pendapatan tinggi untuk ekonomi negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pada masa sama golongan berkenaan juga perlu mengaplikasikan teknologi terkini untuk memperkasakan sektor pertanian dan industri asas tani. Dengan mengapliskasikan teknologi terkini katanya, negara khususnya Sarawak mampu menjuarai eksport hasil pertanian dunia seperti Jepun, Taiwan, New Zealand dan Australia. “Kejayaan ini disebabkan pengusahanya mengamalkan teknologi ...

Lagi Berita »

Umai Mukah terkenal di Jerman

Abang Johari merasmikan Regata Mukah 2015 di Tebingan Sungai Mukah

MUKAH: Umai sejenis makanan berasaskan ikan segar yang cukup popular di Mukah kini sudah ada di Jerman, kata Menteri Perumahan merangkap Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. “Kita akan mempromosikan umai ini selain budaya dan alam semulajadi di Eropah sebagai satu lagi produk dan daya tarikan pelancongan di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Regata Mukah selama tiga hari di sini baru-baru ...

Lagi Berita »

Seimbangkan pembangunan sosio budaya

Taib menyampaikan Piala TYT dan hadiah wang tunai RM12,000 kepada ketua pasukan LANDAS yang muncul juara atau Raja Sungai Regata Mukah 2015. Hadir sama dua dari kanan, Murni Suhaili, Yossibnosh Balo, Peter Nansian, Dr Mohd. Leo Toyad dan Wahab Dolah

MUKAH: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, bandar baharu yang membangun pesat dari segi ekonomi perlu diseimbangkan dengan pembangunan sosio budaya masyarakat. Beliau berkata, dari segi ekonomi Mukah diakui membangun dengan pesat sehingga boleh dijadikan model kepada bandar pesisir lain tetapi semangat hidup berbudaya masyarakatnya perlu seimbang dengan kepesatan pembangunan ekonomi. “Kita sebagai rakyat dengan budaya baik harus mempertahankan corak hidup berbudaya kita dan ...

Lagi Berita »