BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 2016 / June

Arkib Bulanan: June 2016

13516523_1807822859454432_8428404892745819477_n

ADUN Stakan, Dato’ Sri Mohammad Ali Mahmud hadir ke Majlis Berbuka Puasa Solat Maghrib & Isya dan solat sunat Terawih bersama penduduk Kpg Sri Arjuna. Di majlis tersebut beliau menyampaikan sumbangan peribadi berupa wang tunai kepada 78 penerima terdiri dari Warga Tua, Ibu Tunggal dan OKU. Majlis sama juga diadakan ...

Lagi Berita »

13442420_1807642432805808_1091058717346288781_n

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di negeri ini sempena program Inspirasi Ramadan YAPEM di Masjid Darul Hana Petra Jaya malam tadi.  

Lagi Berita »

13502087_1807398039496914_5210181357743940743_n

Ahli Parlimen Igan, Datuk Abdul Wahab Dolah bersama ADUN Daro, Safiee Ahmad menghadiri Program Imarah Ramadan di Masjid Tunku Abdul Rahman, Daro petang tadi. Pada majlis itu, Safiee turut menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan.  

Lagi Berita »

13501791_1806791252890926_4197560739351033244_n

KABONG: Semua masjid dan surau di kawasan Daerah Kabong dan Saratok menerima sumbangan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sempena Ramadan tahun ini. Sumbangan berjumlah RM40,000 itu disempurnakan penyerahannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) N.40 Kabong, Mohd Chee Kadir. Majlis berlangsung di Masjid Tok Amal Kampung Nyabor lewat petang semalam. ...

Lagi Berita »

Buktikan anak Sarawak boleh

Mohammad Munawar Azmi

KUCHING: Bukan mudah menempah tempat untuk disenaraikan antara 14 peserta Ikon program Siarawan yang disiarkan di TV1, RTM sekarang. Anak kelahiran Kuching, Mohammad Munawar Azmi, 25, adalah salah seorang pesertanya, berazam mahu menjadikan program itu sebagai landasan untuk menaikkan imej Sarawak yang terkenal dengan keunikan kaum dan budaya. Menerusi program itu, peserta didedahkan dengan dunia ...

Lagi Berita »

Jangan simpan dendam, elak bermusuh

Piee menunjukkan cenderahati sumbangan PBB atas khidmat beliau semasa dalam parti

BETONG: Tidak menyimpan dendam, elak permusuhan serta bersabar dalam setiap tindak-tanduk namun tegas adalah prinsip seorang veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Piee Alwi, 62, dalam melaksanakan tugas. Tanpa prinsip itu, katanya yang kini memegang jawatan sebagai Temenggong Bahagian Betong, beliau pasti tidak akan berada di kedudukan seperti hari ini. Pesara polis ini pernah dilantik sebagai ...

Lagi Berita »

Julaihi terus fokus pembangunan Sebuyau

Julaihi melakukan lawatan kerja ke Kampung Segali sambil meninjau jalan kampung dan padang futsal yang baru siap dibina di bawah RTP

KUCHING: Meneruskan agenda pembangunan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk kawasan Sebuyau menjadi fokus utama Datuk Julaihi Narawi sekiranya diberi mandat sekali lagi oleh rakyat untuk menjadi wakil rakyat mereka. Julaihi yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau sejak 1991 diumumkan Ketua Menteri merangkap Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan ...

Lagi Berita »

Wad Hospital Betong akan ditambah

Subramaniam (dua kiri) diiringi Uggah dan tetamu lain melawat Hospital Betong

BETONG: Bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Hospital Betong, Kementerian Kesihatan mengenal pasti keperluan menambah ruang untuk wad pesakit dan hemodialisis. Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pelan rancangan bagi menaik taraf Hospital Betong akan diberikan mengikut keperluan utama iaitu ruang wad pesakit pengasingan bagi pesakit lelaki dan wanita serta ruang untuk Pusat Hemodialisis. “Hospital Betong ...

Lagi Berita »

Uggah mahu rakyat berdiri teguh sokong Adenan

Uggah dan Fadillah Lawson, Empiang dan Gerald menaikkan upacara bendera BN dan PBB sebagai simbolik perasmian pelancaran

BETONG: Ahli Parlimen Betong, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengajak rakyat supaya terus menyokong Barisan Nasional (BN) negeri di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem. Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi yang juga calon Bukit Saban itu berkata, sokongan berterusan amat diperlukan supaya pembangunan di luar bandar dapat diteruskan. “Beliau (Adenan) merupakan ...

Lagi Berita »