BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 2016 / August

Arkib Bulanan: August 2016

Sarawak pohon RM6 bilion dari Kerajaan Pusat

KUCHING: Kerajaan Negeri memohon dana sejumlah RM6 bilion daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi menambah baik sistem bekalan air dan elektrik di negeri ini. Menteri Kemudahan Awam, Datuk Dr Stephen Rundi Utom, berkata peruntukan yang dimohon itu adalah untuk membangunkan kedua-dua kemudahan utiliti berkenaan, sekali gus menyegerakan ...

Lagi Berita »

Program mantapkan pembangunan belia

fav

KUCHING: Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti akan terus melaksanakan program pembangunan belia dalam usaha mempersiapkan golongan itu menghadapi cabaran masa kini dan akan datang. Menterinya, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata pihaknya telah melaksanakan pelbagai program pembangunan belia dan perkara itu akan diteruskan dengan kerjasama agensi berkaitan. “Misalnya, untuk separuh masa kedua ...

Lagi Berita »

Pelan komprehensif industri sawit

fav

KUCHING: Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar akan merangka pelan induk yang komprehensif bagi membangunkan lagi industri minyak sawit yang merupakan antara penyumbang utama ekonomi negeri ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga menteri berkenaan berkata, pelan induk itu akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama. ...

Lagi Berita »

6 pusat kemahiran untuk latihan kemahiran

fav

KUCHING: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) akan menawarkan enam Pusat Kemahiran Jahitan (PKJ) yang akan memberi peluang kepada peserta luar bandar untuk mendapatkan kemahiran yang ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK). Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata ini adalah selari dengan ...

Lagi Berita »

SPEKTRA bantu rakyat milik rumah

Abang Johari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri

KUCHING: Sarawak memperkenalkan Skim Perumahan Khas Rakyat (SPEKTRA) dalam usaha membantu rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, berkata SPEKTRA dibahagi kepada dua kategori iaitu SPEKTRA Lite dan SPEKTRA Medium bagi menggambarkan pelbagai kategori rumah mampu milik di bawah dasar baharu. Katanya, skim ini ...

Lagi Berita »

Menteri, Menteri Muda & YB ada KPI sendiri

Adenan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri

KUCHING: Semua Menteri, Menteri Muda Kabinet Negeri serta wakil rakyat Barisan Nasional  (BN) dikehendaki memiliki petunjuk prestasi utama (KPI) dan laporannya dikemukakan kepada Ketua Menteri setiap enam bulan. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, berkata untuk tujuan itu satu format laporan standard untuk dilengkapi setiap Menteri, Menteri-menteri Muda dan Yang Berhormat (YB) akan disediakan. ...

Lagi Berita »

13907156_1831751447061573_7433137016922913704_n

16/8 Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam sidang media sebentar tadi mengumumkan bahawa lima ADUN iaitu Dato Gerawat Jala (Mulu), Rosey Yunus (Bekenu), Miro Simuh (Serembu), Paulus Gumbang (Batu Danau) dan John Ilus (Bukit Semuja) diterima untuk menyertai PBB. Manakala untuk empat orang ADUN lagi yang turut ...

Lagi Berita »

Dr Zaiedi ganti Dayang Madinah jadi Senator

Dr Zaiedi Suhaili

KUCHING: Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Dr Zaiedi Suhaili, 60, dipilih sebagai Ahli Dewan Negara bagi menggantikan tempat Senator Dayang Madinah Tun Abang Openg. Perkara ini diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pada Persidangan DUN Ke-18 yang lalu. Dr Zaiedi, menggantikan Madinah yang ...

Lagi Berita »

Pelajar Tunas Bakti terima sumbangan DUBS

Fadillah, Abang Helmi, Ahmad Urai, Sharifah Hasidah dan yang lain meraikan pelajar Sekolah Tunas Bakti pada majlis berbuka puasa di Kuching

KUCHING: Seramai 76 pelajar sekolah Tunas Bakti menerima duit raya sumbangan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) pada majlis Iftar DUBS dan berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka di sini. Menteri Kerja Raya merangkap Ketua Pemuda PBB, Datuk Seri Fadillah Yusuf mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyampaikan duit raya itu serta sumbangan lain kepada pelajar terbabit. Turut hadir Presiden ...

Lagi Berita »

Isteri ADUN perlu turun padang

Jamilah bergambar kenangan bersama ahli-ahli lama dan baru SABATI selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 SABATI

KUCHING: Isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Jamilah Anu yang juga Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menasihatkan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu untuk turun padang bersama dengan suami mereka untuk berkhidmat kepada rakyat. Katanya, mereka juga perlu menyumbangkan tenaga mereka kepada masyarakat walaupun hanya sebagai isteri ...

Lagi Berita »