BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada usia 73 tahun akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan. Allahyarham meninggal dunia pada jam 1.24 tengah hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada sidang media mengumumkan pemergian Allahyarham berkata, sebelum dilantik menjadi Ketua Menteri, Adenan menganggotai kabinet negeri dengan memegang pelbagai portfolio.

Abang Johari berkata, pemergian Adenan merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat dan negeri malah Malaysia kerana beliau telah memberi sumbangan besar ke arah kestabilan dan kecemerlangan negeri Sarawak.
Beliau turut memberi sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pemergian Datuk Patinggi Tan Sri Adenan adalah satu kehilangan besar kepada rakyat Sarawak dan Allahyarham juga banyak berjasa kepada Sarawak dan Malaysia,” katanya yang turut mengumumkan Sarawak akan berkabung selama tujuh hari sebagai menghormati pemergian Allahyarham.

Abang Johari turut mengumumkan Khamis (12 Januari) adalah hari kelepasan am bagi Sarawak untuk membolehkan semua lapisan rakyat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Jamek Negeri mulai jam 10.30 pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut datang ke sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang selepas solat Zohor, kata Abang Johari.

Adenan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima pada 28 Februari 2014 selepas Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri. Allahyarham mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 1978 bagi kerusi Muara Tuang selepas menang dalam satu pilihan raya kecil.

Adenan berjaya mempertahankan kerusi itu dalam pilihan-pilihan raya negeri 1979, 1983, 1987, 1991, 1996 dan 2001. Bagaimanapun Allahyarham berpindah dan bertanding di kerusi Tanjung Datu dalam pilihan raya negeri 2006, 2011 dan 2016.

Pada pilihan raya umum 2004, Adenan bertanding di kerusi Parlimen Batang Sadong, sejurus memenangi kerusi itu beliau dilantik menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kerajaan Pusat. Adenan dilahirkan pada 27 Januari 1944. Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah menyifatkan Adenan sebagai seorang pemimpin yang hebat. “Kita bersedih atas pemergian beliau,” katanya.

 

15965980_1909247485978635_707363098411835083_n

 

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>