BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / 6 pusat kemahiran untuk latihan kemahiran

6 pusat kemahiran untuk latihan kemahiran

KUCHING: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) akan menawarkan enam Pusat Kemahiran Jahitan (PKJ) yang akan memberi peluang kepada peserta luar bandar untuk mendapatkan kemahiran yang ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK). Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan wanita luar bandar tidak terpinggir daripada mendapat perhatian sewajarnya untuk kesejahteraan hidup.

“JWKS akan terus berusaha untuk membangun potensi wanita dalam bidang kemahiran yang boleh menjana dan menambah pendapatan isi rumah. “Setakat ini, melalui Pusat Latihan Wisma Wanita Kuching (WWTC) dan menerusi program outreach MegaWWTC@DUN di 10 kawasan DUN, seramai 7,208 peserta sudah dilatih dalam bidang jahitan kreatif, masakan, kecantikan, dan spa,” kata Fatimah ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri.

Menurut Fatimah, latihan seperti ini juga dapat membantu golongan yang terjejas akibat perceraian atau kehilangan tulang belakang rumah tangga yang mana mereka dapat menggunakan kemahiran yang mereka ada ini untuk menyara kehidupan mereka dan keluarga. Selain itu, Fatimah turut menyebut mengenai isu kanak-kanak yang ‘belum ditentukan’ status kewarganegaraannya yang diberi perhatian serius oleh kementerian. Kanak-kanak yang berdepan isu ini, katanya, akan dinafikan hak dan keistimewaan untuk mendapat kemudahan yang dinikmati kanak-kanak bertaraf warganegara.

Kerajaan negeri bersama Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara bagaimanapun telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk menangani isu pendaftaran lewat kelahiran dan kanak-kanak yang ‘belum ditentukan’ status kewarganegaraannya. Berdasarkan rekod Pendaftaran Kelahiran Kanak-Kanak di Sarawak, ada 263 kelahiran kanak-kanak yang didaftarkan bertaraf ‘belum ditentukan’ pada 2014 dan seramai 203 kanak-kanak pada 2015.

About

Lihat Ini

22008268_2041594796077236_1391282138626729988_n

ADUN Balingian menghadiri program merdeka@komuniti di Rumah Vincent ak Luat, Sebetong Balingian. Beliau turut menghadiri ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>