BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Bangunan kerajaan dibina di Nanga Merit

Bangunan kerajaan dibina di Nanga Merit

KAPIT: Kemudahan Perkhidmatan awam diperluaskan ke Daerah Kecil Nanga Merit setelah lebih 20 tahun ketinggalan dalam aspek berkenaan, sekali gus memberi keselesaan kepada penduduknya. Bagi tujuan itu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan peruntukan RM1 juta daripada kerajaan negeri sebagai permulaan bagi membina bangunan kerajaan di situ. “Dengan pembangunan semula itu, ia akan memudahkan urusan penduduk di daerah ini,” katanya pada program Sejiwa Senada di Stadium Terbuka Kapit.

Nanga Merit adalah daerah terpencil, terletak kira-kira 40 kilometer (km) dari sini dan hanya boleh dihubungi melalui jalan sungai. Kunjungan Adenan Satem ke lokasi ke-5 Program Sejiwa Senada ini ternyata bukan kunjungan kosong sebaliknya membawa khabar gembira penduduk di Nanga Merit. “Merit sudah lama terabai dan penduduknya sudah sekian lama tidak menikmati kemudahan perkhidmatan kerajaan. “Populasi penduduk di sini juga menurun dan objektif kita untuk menarik kembali penduduk pulang semula ke Nanga Merit selepas kawasan ini dibangun semula nanti,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi yang turut hadir pada majlis itu menyambut baik pengumuman Adenan untuk membangunkan bangunan kerajaan di Merit. Katanya, dengan terbinanya premis kerajaan ini, maka penduduk di Merit tidak perlu menyusuri Sungai Batang Rajang sejauh 40 km untuk ke Kapit atau Belaga bagi mendapatkan perkhidmatan kerajaan seperti cop pejabat daerah atau perkhidmatan lain. “Selain itu, kuarters kerajaan juga dibina supaya kakitangan kerajaan mempunyai tempat tinggal dan tidak perlu berulang alik. “Nanga Merit juga memerlukan pembantu pegawai daerah kerana ketiadaan pegawai untuk membuat surat akuan,”katanya. Kapitan Nanga Merit Neo Kee Hoi ketika ditemui berkata, pengumuman ini adalah berita gembira bagi penduduk di situ.

Segala urusan nanti katanya, hanya boleh dilakukan di kawasan Nanga Merit sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk ke tempat lain. Hal ini juga katanya, akan membolehkan penduduk Merit untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan sama seperti penduduk lain di negeri ini.

 

Ribuan pengunjung membanjiri pekarangan Stadium Terbuka Kapit
Ribuan pengunjung membanjiri pekarangan Stadium Terbuka Kapit

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>