BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / SEJARAH

SEJARAH

Rahsia 4K Gose Tambi

Gose menunjukkan pingat
Darjah Kebesaran BBS pada
sesi wawancara bersama
Jiwa Bakti di Kuching.

KUCHING: Semangat kesungguhan untuk berjuang demi bangsa, agama dan tanah air mendorong pemimpin veteran, Gose Tambi menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada usia 46 tahun. Bekas Ketua Wanita PBB Ranting Kampung No.6, Cawangan Satok itu berkata, kesungguhan yang dimaksudkan itu ialah 4K- kemahuan, kesudian, kesanggupan dan kesediaan dalam melaksanakan tugas dan khidmat untuk masyarakat negeri ini. Menurutnya, beliau mula berjuang dalam PBB pada 1985 dan ketika itu ...

Lagi Berita »

Ikhwan Zaini, tokoh merintis penubuhan parti Bumiputera

Capture

KUCHING: “Kita sebagai orang Melayu perlu jadi seperti lidi. Lidi sebatang memang senang untuk dipatahkan tetapi kalau kita kumpul, simpul dan ikat lidi yang banyak itu, ia akan menjadi kuat dan sangat susah untuk kita musnahkannya.” Itu kata-kata semangat yang sering diungkapkan Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Abang Zaini kepada masyarakat Melayu dalam usahanya untuk menyatupadukan masyarakat Melayu Sarawak. Menurut anak ...

Lagi Berita »

Montegrai seorang daripada pemimpin Pembentukan Malaysia

Montegrai

KUCHING: Dato Sri Temenggung Montegrai anak Tugang merupakan seorang daripada pemimpin masyarakat Iban yang turut memain peranan membawa Sarawak untuk membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura. Perwakilan dari Sarawak yang lain hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (JPPM) bagi pembincang pembentukan Malaysia itu ialah Yeo Cheng Hoe (Ketua), Tan Sri Ong Kee Hui, Tan Sri Temenggung Jugah anak Barieng, Tun Abang Openg, Datuk Leng Beng ...

Lagi Berita »

Sharif Masahor

Ayah angkat Wan Adruce memegang tombak Sharif Masahor.

SHARIF Masahor atau nama sebenar Sayyid Mashyur bin Muhammad Al-Shahab merupakan seorang pemimpin yang amat berpengaruh dan dihormati di Sarawak semasa pemerintahan zaman Rajah Brooke. Kepemimpinannya sebagai ‘pembesar’ terbukti atas kejayaan menyatukan kaum Melanau di Lembah Rajang dengan kaum Iban di Sungai Skrang. Mengikut catatan sejarah, Sharif Masahor merupakan salah ...

Lagi Berita »

Rentap tentang Brooke

“Kepahlawanan Rentap semasa melawan pemerintahan Rajah Putih telah menjadi inspirasi kepada pejuang Dayak semasa zaman darurat komunis. Ini termasuk Kanang anak Langkau dan Awang anak Raweng.” MENGIKUT catatan sejarah, Ren-tap atau nama sebenarnya Libau dilahirkan di Skrang, Bahagian Betong, Sarawak dan merupakan seorang pahlawan Iban pada zaman pemerintahan Rajah Putih. Rentap di bawah ...

Lagi Berita »

22 Julai 1963 – S4S kelirukan rakyat

Gabenor Inggeris terakhir di Sarawak, Sir Alexander Waddell (kiri) bersalaman dengan Abang Openg sebelum meninggalkan Sarawak pada 1963.

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak ketika itu yang mencetuskan ilham.  Beliau sendiri yang terlibat secara dalam peristiwa 22 Julai 1963 dan hanya beliau sahaja yang masih sihat dan menjadi pemimpin Sarawak. Semenjak tahun 2013 tarikh 22 Julai bukan sahaja menjadi terkenal tetapi menjadi kontroversial.  Sempena 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia pada ...

Lagi Berita »

Sejarah Rosli Dhoby

Rosli Dhoby ditangkap oleh pengawal keselamatan sejurus menikam Sir Duncan Stewart di Sibu pada 3 Disember 1949.

SEBUT sahaja mengenai kemerdekaan yang dicapai Sarawak, nama Rosli Dhoby pasti dalam ingatan. Rosli Dhoby adalah anak jati Sarawak yang mula membangkit perasaan antipenjajah dalam kalangan rakyat Sarawak. Semasa berjuang untuk menuntut kemerdekaan, usianya ketika itu 17 tahun. Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British syahid di tali ...

Lagi Berita »

Sejarah bendera Sarawak

Stesen petrol turut tidak ketinggalan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak sempena memperingati 
Bulan Kebangsaan.

Pada 31 Ogos 1988, bendera Sarawak ditukar lagi dengan versi bendera semasa dengan lagu dan moto negeri yang baharu, iaitu Ibu Pertiwiku dan Bersatu, Berusaha, Berbakti (“United, Striving, Serving”). KUCHING: James Brooke, adalah Raja Putih Sarawak pertama, pada mulanya menggunakan Salib  St. George sebagai bendera negeri Sarawak bagi tempoh 24 September 1841 hingga ...

Lagi Berita »

Hayati erti kemerdekaan

Laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di hadapan ribuan penduduk Tanah Melayu tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

KUCHING: Tanggal 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Maksud merdeka ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan. Penghayatan kemerdekaan juga bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka tetapi penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan ...

Lagi Berita »

Sejarah Hari Raya

Duit Raya amat dinanti-nanti oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Hari Raya adalah perayaan diraikan umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya Ramadan. Ia antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam selain Hari Raya Korban. Aidilfitri bermula melalui dua cara iaitu rukyah (melihat anak bulan) atau secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya ...

Lagi Berita »