BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / PESONALITI / Contohi anak Sarawak

Contohi anak Sarawak

Komitmen dan usaha Radzi untuk mencapai kejayaan harus dijadikan contoh kepada generasi muda sekarang.
Komitmen dan usaha Radzi untuk mencapai kejayaan harus dijadikan contoh kepada generasi muda sekarang.

KUCHING: Setelah beberapa orang anak Sarawak berjaya mencipta nama di dalam bidang seni suara dan lakonan, kini muncul seorang lagi bakat baharu kelahan Sarawak.

Radzi atau nama sebenar Mohamad Shah Riadzi Haji Jamali berjaya membuktikan kesungguhan beliau dalam bidang seni suara.

Meskipun, sudah lama mengorak langkah dalam bidang seni suara, namun namanya kurang menyerlah jika dibandingkan dengan artis-artis Sarawak lain seperti Dayang Nurfaizah, Bob dan Noh (Hujan).

Bagaimanapun, kini nama beliau sudah menjadi sebutan ramai terutama peminat Radzi. Kini, kesungguhan Radzi dibuktikan dengan album single ketiga beliau iaitu Sempurna Waktu setelah berkolaborasi sekali lagi dengan komposer dari Indonesia, Bemby Noor.

Album single Sempurna Waktu itu dilancar 4 Februari lalu di Kuala Lumpur. Selain Sempurna Waktu, album single lain beliau ialah Kontra Analisa bekerjasama dengan komposer Adi Mok pada 2011, Maafkan Aku bersama komposer dari Indonesia Bemby Noor (2012) dan terbaharu Sempurna Waktu juga Bemby Noor. Dengan pelancaran album single ketiga itu, bakat beliau mampu pergi lebih jauh setanding dengan penyanyi lain dari Sarawak. Bercakap dengan Radzi di sini, baru-baru ini, beliau optimis bahawa lagu Sempurna Waktu itu akan diterima baik oleh peminatnya.

“Seperti dua lagu sebelum ini, saya pasti lagu baharu ini akan mendapat tempat di hati semua golongan,” katanya yang kini terpaksa berulang-alik Kuching-Kuala Lumpur untuk mengembangkan lagi bakatnya itu.

Radzi anak kedua daripada empat adik beradik itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan UNITAR International University.

1Ketika ditanya kenapa beliau mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan album single ketiga itu, Radzi menjelaskan, beliau mempunyai prinsip sendi dan memperbaiki segala kelemahan di untuk mendapat hasil terbaik dalam kehidupan.

Lebih-lebih lagi katanya, Sempurna Waktu ini mengisahkan realiti kehidupan dan bersabar dalam menempui segala cabaran mendatang.

Beliau yang harus membahagikan masa antara seni dan bisnes iaitu pengurusan majlis dikenali SSB Enterprise mengambil masa dalam tempoh seminggu untuk menulis lik lagu Sempurna Waktu.

“Saya bersyukur kerana SSB Enterprise mendapat sokongan daripada keluarga terutama ibu bapa dan keluarga.

“Untuk berjaya dalam hidup, kita harus berkorban dari segi masa dan tenaga,” katanya yang kini bernaung di bawah syarikat CloudWorks, Kuala Lumpur.

Pengurus Radzi, As-wad Zakaria dan produser Arrie Zaharie merupakan orang penting untuk mempromosikan album single lagu Sempurna Waktu.

Sempurna Waktu merupakan lagu hebat kerana lagu, lik serta penerbit lagu adalah Radzi manakala susunan muzik Bemby Noor, mixing Angga Utama (Oge), studio rakaman ialah Backbeat Studio, Jakarta.

Malah, Sempurna Waktu itu turut dimuatkan dalam drama TV3, Teman Lelaki Upahan yang disiarkan pada jam 7 malam bulan lalu.

Menurut Radzi, ia merupakan satu permulaan yang baik dan sering diputarkan di radio-radio termasuk Era FM Kuching.

Semangat dan komitmen Radzi untuk memajukan di harus dijadikan contoh kepada generasi muda sekarang bahawa sesuatu kejayaan tidak dapat dicapai melainkan ada usaha dan kesungguhan.

About

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>