BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Dana khas RM500j pembiayaan sokongan kontraktor Bumiputera LPB

Dana khas RM500j pembiayaan sokongan kontraktor Bumiputera LPB

KUCHING: Dana khas berjumlah RM500 juta disediakan untuk kemudahan pembiayaan sebagai sokongan kepada kontraktor Bumiputera yang menjalankan pakej sub-kontrak di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB).
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah berkata, 50 sub- kontraktor di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak bakal menerima manfaat daripada rintis ini yang menawarkan kemudahan pembiayaan bagi modal kerja serta perolehan aset pada kadar yang kompetitif dengan Kadar Pembiayaan Asas sehingga 1.25 peratus setahun.


Menerusi kolaborasi ini, dana khas akan disediakan oleh RHB Islamic Bank Berhad dan SME Bank untuk pembiayaan kontrak manakala kemudahan khas jaminan pinjaman akan disediakan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) dan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad. 


Program ini diharap dapat membantu penglibatan kontraktor Bumiputera yang berkelayakan dalam projek Lebuhraya Pan Borneo. Majlis pertukaran Memorandum Persefahaman bagi program kemudahan pembiayaan kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini.


Majlis itu disaksikan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Sarawak dan Menteri Muda Pembangunan Keusahawanan dan Industri Kecil Sederhana merangkap Menteri Muda E-Dagang, Datuk Mohd Naroden Majais. Sementara itu, dalam sidang media, Fadillah turut menjelaskan perkembangan semasa projek Lebuhraya Pan Borneo yang dijangka siap mengikut jadual pada tahun 2020.

 

20729558_2021649208071795_3797032400951203356_n

 

20729291_2021649211405128_2522329180535155362_n

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>