BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Isteri ADUN perlu turun padang

Isteri ADUN perlu turun padang

KUCHING: Isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Jamilah Anu yang juga Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menasihatkan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu untuk turun padang bersama dengan suami mereka untuk berkhidmat kepada rakyat. Katanya, mereka juga perlu menyumbangkan tenaga mereka kepada masyarakat walaupun hanya sebagai isteri wakil rakyat.

“Sumbangan isteri-isteri ini juga sangat bermakna malah dapat membantu meringankan kerja suami yang sememangnya mempunyai banyak urusan berkenaan dengan rakyat yang perlu diuruskan. “Sebagai isteri, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyokong kerjaya suami dan dengan turun padang bersama dengan mereka barulah kita dapat memahami tugas mereka sebenar seperti apa yang sudah saya lakukan sepanjang tempoh lebih 30 tahun ini,” katanya selepas mempengerusi Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 SABATI baru-baru ini.

Katanya, banyak peranan yang boleh dimainkan oleh isteri ADUN kepada masyarakat di kawasan yang diwakili suami mereka antaranya mengambil berat keperluan kebajikan rakyat. SABATI sendiri, katanya, memberi peruntukan kepada setiap isteri ADUN supaya mereka dapat menjalankan kerja amal di kawasan masing-masing. Selaras dengan matlamat dan objektif SABATI yang menumpukan kerja amal, banyak program kebajikan yang sudah dirangka khususnya menjelang Aidilfitri ini. Katanya, SABATI juga akan mengambil bahagian dalam Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia (PTIWRBNM) tahun ini yang akan diadakan di Kedah.

 

Pemilihan exco baru SABATI 2016-2018 adalah terdiri daripada Presiden, Datin Patinggi Dato‘ Jamilah Anu, Timbalan Presiden I Datin Amar Doreen Lee Mei Hua, Timbalan Presiden II Puan Sri Corinne Masing, Timbalan Presiden III Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Setiausaha Kehormat Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Penolong Setiausaha Kehormat Datin Saadiah Buji, Bendahari Kehormat Siti Shorgayah Ahmad Zaidin dan Penolong Bendahari Kehormat Datin Simba Nalang. Ahli-ahli biasa SABATI 2016-2018 adalah Dato Fatimah Mohd Iskandar, Datin Dr Zaliha Abdullah, Datin Zuraini Abd Jabbar, Datin Masnah Ahmad, Datin Loreta Sawat, dan Datin Enn Ong.

 

Jamilah bergambar kenangan bersama ahli-ahli lama dan baru SABATI selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 SABATI
Jamilah bergambar kenangan bersama ahli-ahli lama dan baru SABATI selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 SABATI

About

Lihat Ini

22008268_2041594796077236_1391282138626729988_n

ADUN Balingian menghadiri program merdeka@komuniti di Rumah Vincent ak Luat, Sebetong Balingian. Beliau turut menghadiri ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>