BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Highlighted / Jambatan hubungkan Pulau Bruit, Semop dengan Matu-Daro diluluskan

Jambatan hubungkan Pulau Bruit, Semop dengan Matu-Daro diluluskan

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri bersetuju meluluskan pembinaan sebuah lagi jambatan yang bakal menghubungkan kawasan Pulau Bruit, Semop dengan Matu-Daro. Ketua Menteri berkata, jambatan itu merupakan jambatan kedua terpanjang di negeri ini selepas Batang Lupar. Jambatan sepanjang 2.5 kilometer itu bakal memudahkan pergerakan penduduk di kawasan berkenaan sekitar sekali gus mempercepatkan aktiviti ekonomi setempat.


Sebuah jawatankuasa di bawah Unit Perancang Negeri akan ditubuhkan untuk menjalankan kajian projek tersebut seperti anggaran kos pembinaan dan sebagainya. Abang Johari berkata demikian semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Ketua Menteri di pekan baru Daro pagi ini.


Selepas itu, Ketua Menteri merasmikan bangunan Pejabat Daerah Daro yang baru.  Lebih 10,000 menghadiri majlis itu, malah ada datang dari Kuching dan kawasan sekitar. Sementara itu, Ahli Parlimen Igan, Datuk Abdul Wahab Dolah dan ADUN Daro, Safiee Ahmad turut berucap.

 

20106366_2008329006070482_5401110166357484380_n

 

20046645_2008329079403808_3158955534185163781_n

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>