BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Highlighted / Jangan terlalu bergantung bantuan kerajaan

Jangan terlalu bergantung bantuan kerajaan

S: Jelaskan peranan UPUB dan Industri Halal Jabatan Ketua Menteri?

J: UPUB dan Industri Halal Jabatan Ketua Menteri dilantik  sebagai penyelaras apa juga program pembangunan keusahawanan ke atas kaum Bumiputera di negeri Sarawak. Unit ini bekerja bersama agensi pelaksana sama ada di bawah Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri. Unit ini melaksanakan beberapa program dengan objektif:
i.  Menggalak sebanyak mungkin pembabitan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan.
ii.   Mempertingkatkan minat kaum Bumiputera terutama generasi muda supaya menceburi bidang perniagaan dan menjadikan bidang itu sebagai cara hidup.
S: Bagaimana Datuk memastikan objektif UPUB dan Industri Halal Jabatan Ketua Menteri itu tercapai?

J: Untuk merealisasikan objektif ini, Unit saya bersama agensi-agensi pelaksana yang lain melaksanakan beberapa program seperti:
i. latihan memperkenalkan ciri-ciri perniagaan.
ii.   latihan kemahiran misalnya, bagaimana membangunkan apa juga produk perniagaan seperti kraftangan, produk asas tani (keropok, madu) dan juga produk lain selain kek lapis, jahitan, fesyen, herba, kecantikan dan banyak lagi.
iii.  Memperkenalkan bantuan kerajaan kepada kaum Bumiputera yang terbabit dengan perniagaan supaya dapat mengembangkan perusahaan mereka dari segi modal, subsidi dan bantuan dana seperti pinjaman mudah, pinjaman mikro dan sebagainya.
iv.   Memperkenalkan produk usahawan Bumiputera ke pasaran lebih besar menerusi program pameran dan pemasaran yang dibuat melalui peringkat kampung, peringkat bahagian, peringkat negeri seperti Hari Koperasi Negeri dan Regata. Dan untuk memastikan seluruh rakyat dimasuki dalam program kerajaan, kerajaan negeri mewujudkan Majlis Pembangunan Usahawan Peringkat Bahagian.

S: Setakat ini, berapa jumlah usahawan Bumiputera di Sarawak?

J: Melalui program yang kita laksanakan sejak saya mengambil alih unit ini pada 2007, lebih kurang 6,000 usahawan Bumiputera di Sarawak sudah berdaftar. Sehingga November tahun 2015, mengikut survei kita, jumlah itu semakin meningkat dengan kira-kira 100,000 usahawan Bumiputera berdaftar. Ini bermakna program yang kita jalankan boleh dikatakan berjaya meningkatkan minat di kalangan rakyat kita terutama kaum Bumiputera yang menceburi bidang perniagaan.

 

 

S: Adakah Datuk berpuas hati dengan pencapaian usahawan Bumiputera sekarang ini? 

J: Meskipun masih banyak lagi yang perlu kita capai, namun setakat ini, saya boleh katakan berpuas hati dengan pembabitan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan. Akan tetapi, masih banyak yang perlu kita buat untuk menggalakkan terutama generasi muda yang berilmu menceburi bidang itu selain daripada menunggu peluang bekerja dengan kerajaan.

 

 

S: Bagaimana pula dengan usahawan Bumiputera yang disenaraihitamkan. Apakah punca atau ciri yang menyebabkan mereka disenaraihitamkan?

J: Kebanyakan usahawan Bumiputera yang disenaraihitamkan adalah berpunca dengan pinjaman yang tidak dapat dibayar sehingga menyebabkan perniagaan tidak dapat berkembang dan seterusnya perniagaan ditutup. Bila perniagaan ditutup, maka mereka tidak dapat membayar pinjaman itu lalu disenaraihitamkan oleh si pemberi pinjaman. Bagaimanapun, Unit saya tidak bertanggungjawab dalam hal ini kerana objektif kita adalah untuk membangunkan usahawan Bumiputera dan bukannya mencari kesalahan mereka. Sasaran kita adalah untuk melihat lebih banyak masyarakat kita menceburi bidang keusahawanan.

 

 

S: Perancangan UPUB dan Industri Halal Jabatan Ketua Menteri untuk membantu Usahawan Bumiputera seterusnya?

J: Kita merancang untuk mewujudkan pakej industri halal bagi belia kita di satu kawasan yang telah dikenalpasti di Tanjung Manis dengan keluasan 400 hektar. Ini adalah antara perancangan kita untuk meningkatkan pembabitan usahawan Bumiputera di negeri Sarawak. Melalui cadangan ini, kita dapat mewujudkan beberapa perniagaan yang boleh mengeluarkan barangan halal di Tanjung Manis dan seterusnya mewujudkan kontrak “farming” sebagai kumpulan sokongan. Dan ini akan membabitkan penyertaan golongan belia kita terutama lepasan sekolah menengah dan juga lepasan universiti. Kita harap ia dapat dilaksanakan tahun 2016 setelah cadangan itu dimajukan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan sekiranya beliau setuju, insya-Allah kita akan melihat beberapa aktiviti industri huluan yang mengeluarkan produk halal contohnya herba, penternakan lembu, ayam dan sebagainya.

 

 

S: Nasihat kepada usahawan Bumiputera?
J: Usahawan Bumiputera dinasihati supaya terus merebut peluang dalam apa juga bidang perniagaan yang diceburi selain mempunyai sikap kreatif dan inovatif untuk memajukan perniagaan. Mereka juga harus komited dan berusaha dengan lebih gigih untuk mengembangkan perniagaan masing-masing. Pendek kata, jangan terlalu bergantung dengan bantuan kerajaan sebaliknya lakukan bersungguh-sungguh dengan pemikiran yang kreatif dan inovatif.

 

Naroden merakamkan gambar selfie semasa program Graduan Kearah Keusahawanan (GERAK) anjuran Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal, Jabatan Ketua Menteri di Kuching
Naroden merakamkan gambar selfie semasa program Graduan Kearah Keusahawanan (GERAK) anjuran Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal, Jabatan Ketua Menteri di Kuching

 

Naroden semasa Showcase Usahawan Bumiputera Sarawak 2015 di Johor Bahru. Turut kelihatan ADUN Saribas, Mohd Razi Sitam dan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau
Naroden semasa Showcase Usahawan Bumiputera Sarawak 2015 di Johor Bahru. Turut kelihatan ADUN Saribas, Mohd Razi Sitam dan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>