BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Jawatankuasa Penggerak Anugerah Desa Perdana Kampung Rajang juara pertandingan Desa Perdana peringkat negeri

Jawatankuasa Penggerak Anugerah Desa Perdana Kampung Rajang juara pertandingan Desa Perdana peringkat negeri

KUCHING: Jawatankuasa Penggerak Anugerah Desa Perdana Kampung Rajang muncul juara pertandingan Desa Perdana Peringkat negeri Sarawak sekali gus mewakili negeri Sarawak ke pertandingan Desa Perdana peringkat kebangsaan yang akan diadili bermula 15 Ogos ini.

Jawatankuasa berkenaan adalah di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rajang. Keputusan akan diumum pada 22 Ogos ini di PWTC Kuala Lumpur. Kampung tradisi akan diadili dari segi 3K iaitu Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan yang merangkumi pendidikan, ekonomi dan pemerkasaan belia.

Majlis jamuan malam diadakan pada malam ini untuk meraikan peserta pertandingan di Kelab Golf Sarawak oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh.

Dalam ucapan beliau, Len meminta agar penduduk kampung menghidupkan potensi ekonomi yang ada di kampung tradisi contohnya Kampung Rajang dalam usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak kampung.

 

20768182_2020412378195478_8914932990835927024_n

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>