BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Kerajaan tidak abaikan golongan kurang bernasib baik-Chee Kadir

Kerajaan tidak abaikan golongan kurang bernasib baik-Chee Kadir

KABONG: Seorang wanita kelainan upaya, Salbiah Achong, 51, dari Kampung Hilir Emplam dekat sini menerima kerusi roda dan bantuan kewangan sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Bantuan tersebut disampaikan kepada wanita yang turut menderita pelbagai penyakit itu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 
N. 40 kabong, Mohd Chee Kadir.

Wanita berkenaan yang yatim piatu dan tiada mempunyai sumber pendapatan kini tinggal bersama kakaknya dan hanya mengharap ihsan daripada kakaknya.

Mohd Chee ketika ditemui berkata, kerajaan tidak mengabaikan golongan kurang bernasib baik dan akan menyalur bantuan yang sepatutnya bagi meringankan beban mereka.

” Kita harap ketua masyarakat memainkan peranan dan melaporkan kepada pihak berkenaan jika ada perkara yang berkaitan di kawasan masing-masing untuk diambil tindakan selanjutnya oleh kerajaan,” ujarnya.

Bantuan kerusi roda amat diperlukan lantaran dia kini tidak boleh berjalan ekoran kedua-dua belah kakinya kini telah dipotong kerana komplikasi kencing manis.

Salbiah ketika menerima sumbangan tersebut begitu sayu dan terharu atas keprihatinan wakil rakyat mereka yang turut mengambil berat akan nasibnya.

Kakak Salbiah yang turut ditemui pada hari penyerahan itu memberitahu setiap pergerakan adiknya itu terpaksa dibantu lantaran dia tidak berdaya untuk mengangkat badannya.

“Dengan adanya kerusi roda ia setidak-tidaknya dapat membantu Salbiah bergerak untuk mengambil barang atau air minuman sendiri, “ujarnya.

 

21231293_2031153120454737_2643694032971120935_n

About

Lihat Ini

22008268_2041594796077236_1391282138626729988_n

ADUN Balingian menghadiri program merdeka@komuniti di Rumah Vincent ak Luat, Sebetong Balingian. Beliau turut menghadiri ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>