BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Kota Samarahan bersiap sedia – Jabu

Kota Samarahan bersiap sedia – Jabu

Sarawak dipilih sebagai hos untuk sambutan Hari Peladang , Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan 2015 yang diadakan di Kota Samarahan. Tumpuan sudah pasti menjurus kepada penyelidikan dan teknoloji, sejajar dengan temanya dan ia juga sesuai dengan aspirasi kerajaan negeri yang memberi penekanan dalam aspek berkenaan bagi mengangkat martabat golongan petani dan penternak. Ikuti tembual khas Jiwa Bakti bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu untuk mengetahui lebih lanjut.

 

SOALAN (S): Kita sedia maklum bahawa Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan tahun ini diadakan di Sarawak. Komen Datuk Patinggi mengenai pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah?
JAWAPAN (J): Kita berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memilih Sarawak sebagai lokasi sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan tahun ini. Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah untuk sambutan ini adalah 28 tahun lalu. Ini adalah penghormatan untuk semua golongan petani, nelayan dan penternak di Sarawak.

 

S: Mungkin Datuk Patinggi boleh terangkan mengenai beberapa acara yang akan diadakan sempena sambutan ini nanti?
J:,Sambutan ini bermula 27 November dan berakhir pada 3 Disember. Upacara pembukaan akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada28 November manakala upacara penutup pada2 Disember oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem. Dianggarkan 10,000 orang dijangka memenuhi perkarangan letak kereta Dewan Suarah Kota Samarahan pada hari pembukaan nanti.

 

S: Persiapan yang dilakukan untuk sambutan ini?
J: Kementerian Pemodenan Pertanian dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan agensi-agensi lain giat menjalankan persiapan bagi memastikan kelancaran majlis sambutan itu nanti. Kerja-kerja penurapan jalan untuk ke tapak pameran dan tempat letak kereta juga sedang dilakukan. Untuk makluman, pihak pengelola menyediakan kawasan seluas tiga hektar untuk tapak pameran manakala untuk tempat letak kereta pula seluas empat hektar. Jadi, pengunjung tidak perlu risau masalah pakir.

 

S: Apakah tema sambutan ini dan signifikannya terhadap golongan petani, peladang, penternak dan nelayan di Sarawak?
J: Tema untuk sambutan tahun ini ialah ‘Agroteknologi Pemangkin Transformasi’ yang bertepatan dengan usaha yang giat dijalankan oleh kerajaan negeri yang kini memfokuskan dalam bidang penyelidikan untuk pertanian.

 

S: Mengapa penyelidikan diberi penekanan dalam bidang pertanian?
J: Kita mahu golongan petani dan peladang melangkah maju dan tidak bergantung harap dengan sumber utama semata-mata. Mereka perlu menjadi lebih kreatif dengan menambah nilai produk mereka. Justeru, agroteknologi dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk meningkatkan pendapatan mereka.

 

S: Mungkin Datuk Patinggi boleh jelaskan lagi bagaimana agroteknologi boleh membantu meningkatkan pendapatan petani?
J: Melalui agroteknologi, kita dapat menghasilkan suatu produk baharu daripada produk asal. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengeluaran sesuatu produk. Jadi, daripada satu produk, kita sudah dapat menjual dua produk. Secara tidak langsung, kita dapat menambah pendapatan hasil penambahbaikan dan tambah nilai produk. Namun demikian, mereka juga perlu lebih agresif dalam aspek pemasaran.

 

S: Peruntukan untuk sambutan ini?
J:  Kerajaan memperuntukan RM7 juta untuk sambutan ini dan kami sebagai pengelola akan memastikan sambutan ini berjalan lancar. Dalam sambutan ini juga, peserta dari 12 negeri turut serta dan mempamerkan hasil penyelidikan mereka. Sebanyak 60 hasil teknologi baharu turut dipamerkan semasa sambutan ini.

 

S: Jumlah tapak pameran?
J: Sejumlah 100 tapak pameran pertanian disediakan manakala 300 tapak pula disediakan untuk aktiviti jualan produk asas tani dan lain-lain barangan bukan sahaja daripada penduduk tempatan malah peserta dari 12 negeri yang lain.

 

S: Pesanan kepada bakal pengunjung?
J: Semua dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini dan kemasukan adalah percuma. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertunjukan pentas dan konsert yang akan dimeriahkan oleh artis-artis tempatan. Bagi mengurangkan kesesakan trafik, pihak kami juga menyediakan perkhidmatan bas percuma yang akan berulang alik dari Tebingan Kuching ke Kota Samarahan sepanjang tempoh sambutan.

 

Jabu bersama-sama dengan jawatankuasa pengelola Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2015 menunjukkan lakaran tapak untuk acara tersebut yang akan diadakan di lapangan letak kereta Dewan Suarah Kota Samarahan
Jabu bersama-sama dengan jawatankuasa pengelola Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2015 menunjukkan lakaran tapak untuk acara tersebut yang akan diadakan di lapangan letak kereta Dewan Suarah Kota Samarahan

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>