BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Lagu Dirgahayu gamatkan sambutan perayaan Hari Jadi TYT

Lagu Dirgahayu gamatkan sambutan perayaan Hari Jadi TYT

KUCHING: Sorakan dan lagu Dirgahayu mengakhiri istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan perayaan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Celebration Square (Dataran Perayaan), Jalan Stadium, Petra Jaya, pada pagi ini.
Lagu itu merupakan lagu tema sambutan perayaan Hari Jadi TYT yang disampaikan oleh artis tempatan popular, Kaderi Awang Lihi. Lagu dan lirik Dirgahayu itu dicipta oleh Kaderi.
Lagu dan sorakan Dirgahayu berkumandang sebaik sahaja selesai persembahan tarian daripada penari Majlis Seni Sarawak, Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan penari Sekolah Seni Kuching.
Persembahan tarian memukau hadirin itu menggamatkan lagi Celebration Square, tempat berlangsung perbarisan.
Hujan sejak awal pagi tidak mematahkan semangat warga Kuching menyaksikan perbarisan yang disertai 81 kontinjen membabitkan 4,000 daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib tiba pada jam 9 pagi.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang tiba kira-kira jam 8 pagi.
Sebaik sahaja TYT tiba, lagu Ibu Pertiwiku dimainkan diikuti pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan Utama oleh TYT Tun Pehin Sri dan disusuli dengan pemeriksaan kontinjen-kontinjen.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap Menteri bertanggungjawab terhadap sambutan perayaan hadir sama.

21371130_2033176043585778_5278844463649291383_n

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>