BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Highlighted / Mengapa Konvensyen khas PBB perlu ditangguh

Mengapa Konvensyen khas PBB perlu ditangguh

Parti Pesaka Bumi-putera Bersatu (PBB) mengambil kepu-tusan untuk menangguhkan Konvensyen Khas PBB yang dijadual berlangsung pada tahun ini. Penangguhan itu bertujuan memberi ruang kepada parti dan kerajaan sedia untuk menunaikan segala janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 11 pada 7 Mei lalu. Konvensyen itu ditangguh selama 18 bulan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan penangguhan itu, ikuti wawancara Jiwa Bakti bersama Setiausaha Agung PBB merangkap Menteri Kemudahan Awam, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

 

S: Konvensyen Khas PBB sepatutnya dijadual diadakan tahun ini. Tetapi ditangguh ke tahun 2018. Boleh Dato Sri jelaskan mengenai penangguhan-nya.

J: Tujuan kita menangguhkan konvesyen adalah kerana kita mahu memberi tumpuan kepada usaha untuk menunaikan janji yang dibuat parti bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 7 Mei lalu. Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem merangkap Presiden Parti PBB kita pasti ada alasan munasabah dan rasional semasa membuat keputusan untuk menangguhkan Konvensyen Khas itu. Pada pendapat saya, ahli-ahli PBB perlu merestui dan menghormati keputusan itu kerana ia dibuat untuk kebaikan parti keseluruhannya.Mengikut Artikel 13 Perlembagaan PBB, terdapat dua jenis Perhimpunan PBB:

1. Perhimpunan Agung – Perhimpunan ini adalah yang diadakan tiga tahun sekali selepas Mesyuarat Perwakilan Cawangan. Contohnya, sepatutnya ia berlangsung pada Oktober 2016 tetapi ditunda ke 2018.

2. Perhimpunan Agung Khas – Perhimpunan ini diadakan pada bila-bila masa atas kehendak Majlis Tertinggi (MT) atau kehendak Yang Di Pertua PBB atau permintaan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada bilangan perwakilan Perhimpunan Agung.

 

S: Adakah konvensyen khas ini dihadiri oleh semua cawangan?

J: Untuk memastikan agar perkara-perkara penting yang dibincangkan di Konvensyen Khas ini dapat diketahui dan disebarkan kepada ahli PBB di seluruh pelusuk negeri Sarawak, maka adalah wajar semua cawangan PBB dijemput untuk menghadiri Konvensyen Khas itu.

 

S: Adakah penangguhan konvensyen itu akan menjejas pres-tasi PBB dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

J: Walaupun kesan sebenar penangguhan konvensyen itu ke atas prestasi PBB dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang adalah agak sukar untuk diramal, namun kita sentiasa yakin dengan kekuatan parti PBB menghadapi sebarang pilihan raya umum. Ini telah dibukti selama ini melalui prestasi cemerlang parti PBB semasa pilihan raya selama ini.

 

S: Kini PBB mempunyai 82 cawangan di seluruh negeri. Mengurus dan menyelarasnya mesti berhadapan dengan banyak cabaran. Bagaimana pan-dangan anda?

J: Memang tidak dapat dinafi-kan bahawa tugas dan tanggungjawab mengurus dan menyelaras semua cawangan PBB di seluruh negeri Sarawak amat mencabar. Namun, dengan kepakaran dan pengalaman luas pucuk pimpinan parti, mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab berkesan demi memastikan pentadbiran parti di peringkat bawahan berjalan lancar.

 

S: Dato Sri yakin PBB akan mempertahankan 14 kerusi Parlimen disandang sekarang?

J: Saya mempunyai keyakinan bahawa PBB akan dapat mempertahankan semula kesemua 14 kerusi Parlimen yang disandang sekarang berdasarkan kemantapan pucuk pimpinan parti seka-rang. Pucuk kepemimpinan parti adalah bijak untuk memilih calon yang diketahui mempunyai peluang cerah untuk menang semasa pilihan raya nanti.Tambahan pula, kerjasama yang baik di kalangan komponen parti BN Sarawak akan memberi peluang kepada calon BN memperoleh kemenangan semasa pilihan raya.

 

S: Apa ramuan yang dilakukan untuk membolehkan PBB mencapai kemenangan 100 peratus dalam tiga pilihan raya negeri lalu?

J: Faktor utama adalah kekuatan pucuk pimpinan parti yang bekerjasama di antara satu sama lain. Tambahan pula, pemilihan calon dari parti PBB untuk bertanding pilihan raya sentiasa dibuat dengan teliti oleh pucuk pimpinan parti. Selain itu, parti sentiasa bekerja keras untuk mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi. Ini menyebab-kan rakyat yakin dengan PBB dan terus memberi sokongan padu ke-pada semua calon yang dipersetujui untuk bertanding semasa pili-han raya.Semangat kekeluargaan ini sudah menjadi budaya dalam PBB demi memastikan PBB kekal kuat atau antara yang terkuat dalam Malaysia.

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>