BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Menteri, Menteri Muda & YB ada KPI sendiri

Menteri, Menteri Muda & YB ada KPI sendiri

KUCHING: Semua Menteri, Menteri Muda Kabinet Negeri serta wakil rakyat Barisan Nasional  (BN) dikehendaki memiliki petunjuk prestasi utama (KPI) dan laporannya dikemukakan kepada Ketua Menteri setiap enam bulan. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, berkata untuk tujuan itu satu format laporan standard untuk dilengkapi setiap Menteri, Menteri-menteri Muda dan Yang Berhormat (YB) akan disediakan.

“Dengan pengenalan KPI ini, saya berharap semua Menteri, Menteri Muda dan YB sentiasa mendampingi rakyat bagi menangani isu serta masalah yang mereka hadapi di kawasan masing-masing,” katanya menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini. Adenan berkata, KPI itu juga penting bagi memastikan hubungan strategik antara KPI kementerian dan mencapai matlamat pembangunan negeri.

Beliau berkata, KPI ini akan dikaji dari semasa ke semasa untuk memastikan petunjuk prestasi itu boleh disesuaikan dan peka terhadap perubahan dalam senario pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitik. “Saya akan memantau sendiri prestasi Menteri-Menteri melalui KPI ini,” katanya dan menambah, melalui cara itu kerajaan akan dapat menyedia perkhidmatan lebih baik kepada rakyat yang memberi mandat besar kepada BN dalam pilihan raya negeri lalu.

Adenan berkata, beliau telah melantik Menteri-Menteri yang bertanggungjawab terhadap 11 kementerian yang diwujudkan dengan membuat sedikit perubahan terhadap portfolio mereka. “Ini adalah untuk memastikan kementerian terbabit dapat berfungsi dengan berkesan dan cekap, sejajar dengan aliran dan pelan pembangunan baharu yang dirumus khas untuk pertumbuhan dan kemajuan masa depan negeri Sarawak,” katanya. Pada masa sama, Ketua Menteri berkata, kementerian terbabit turut ditugaskan untuk menunaikan semua janji yang dibuat ketika pilihan raya negeri lalu.

 

Adenan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri
Adenan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri

About

Lihat Ini

22008268_2041594796077236_1391282138626729988_n

ADUN Balingian menghadiri program merdeka@komuniti di Rumah Vincent ak Luat, Sebetong Balingian. Beliau turut menghadiri ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>