BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Highlighted / Pemilik tanah terbabit projek Pan Borneo diberi pampasan setimpal

Pemilik tanah terbabit projek Pan Borneo diberi pampasan setimpal

PROJEK Lebuh raya Pan Borneo dari Sematan hingga ke Lawas meliputi jarak sejauh 1,076 kilometer dan menelan belanja RM16 bilion boleh dianggap sebagai satu hadiah Kerajaan Pusat kepada rakyat Sarawak yang berdiri teguh menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka. Apa yang diperlukan kerajaan sekarang ialah kerjasama serta sokongan padu daripada penduduk yang tinggal di sepanjang jalan sedia ada untuk membolehkah projek itu berjalan lancar.

Kerjasama yang perlu termasuk merobohkan rumah dalam lingkungan jajaran pembinaannya serta berpindah ke tapak baharu dan menyerahkan bahagian tanah yang terbabit. Kita percaya setiap pemilik rumah dan tanah yang terlibat dibayar pampasan sewajarnya malah turut menerima sagu hati. Dakwaan kononnya kerajaan memindah penduduk terbabit serta mengambil tanah mereka secara sesuka hati hanya tohmahan semata-mata. Lebuh raya empat lorong dan dua hala itu kini sedang giat dilaksanakan. Kita berharap semuanya akan berjalan lancar supaya lebuh raya itu siap mengikut jadual menjelang 2021.

Rangkaian pengangkutan yang cekap akan membawa transformasi landskap kemajuan negeri ini di samping mempercepatkan perhubungan dan menjadi pengikat perpaduan dalam kalangan masyarakat serta memberi keadilan sosial kepada semua kumpulan etnik. Projek lebuh raya Pan Borneo itu adalah mercu tanda kemajuan negeri Sarawak yang pasti selepas itu taraf ekonomi penduduk di pesisir pantai akan berubah  serta menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa. Apa pun, kemajuan itu adalah berkat kerjasama erat dan sokongan padu pucuk pimpinan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan permulaan kerja pembinaan Lebuh raya Pan Borneo Sarawak jajaran bulatan Serian ke Simpang Pantu April lalu, antara lain menyatakan pembinaan lebuh raya itu selain komitmen Kerajaan Pusat untuk terus membangunkan Sarawak juga sebagai ‘games changer’ membawa transformasi landskap kemajuan Sarawak. Pembinaan jajaran itu akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi, membuka laluan perniagaan baharu dan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan. “Lebuh raya Pan Borneo juga akan bertindak sebagai pemangkin perancangan semasa kerajaan dalam meningkatkan keupayaan kemajuan penduduk Sarawak,” kata Najib sambil menyifatkannya sebagai satu hadiah Kerajaan Pusat kepada rakyat Sarawak.

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>