BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / PESONALITI / Pengorbanan besar Sharifah Mordiah

Pengorbanan besar Sharifah Mordiah

Datuk Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi membaca akhbar Jiwa Bakti keluaran pertama yang diterbitkan semula ketika ditemui di kediamannya.
Datuk Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi membaca akhbar Jiwa Bakti keluaran pertama yang diterbitkan semula ketika ditemui di kediamannya.

KUCHING: Ketika bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya’kub mahu membawa Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kini Tun Pehin Sri) kembali ke Sarawak pada 1980, masalah besar timbul kerana sukar mencari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sesuai untuknya.

Ketika itu, Tun Rahman memegang jawatan Ketua Menteri, manakala Abdul Taib memegang jawatan Menteri Kabinet Persekutuan.Di Kuala Lumpur pula usaha membawa Taib balik ke Sarawak sudah dimulakan apabila dipindahkan sementara sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Dalam situasi bagaikan tiada siapa mahu memberi laluan ketika itu, Datuk Paduka Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi tampil dan sanggup mengosongkan kerusi DUN Sebandi (kini dikenali sebagai Asajaya) pada awal 1981 bagi membolehkan Taib bertanding.

Bermula dari situlah membuka pintu kepada Taib untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak keempat pada

Datuk Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi
Datuk Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi

Mac 1981 setelah memenangi pilihan raya kecil kerusi DUN Sebandi. Pengorbanan Sharifah Mordiah terlalu besar dan sebagai balasan awal, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri pada 1981 itu. Pada 1987, beliau bertanding dalam pilihan raya negeri kawasan Petra Jaya dan kemenangannya selepas itu memberi laluan kepada pelantikan beliau sebagai Menteri Muda Kebajikan Am Sarawak pada 20 April 1987.

Hasil perjuangan dan bimbingan beliau, pada hari ini, semakin ramai wanita Sarawak diberi kepercayaan memegang jawatan penting, bukan saja dalam bidang politik dan ekonomi, malah dalam pelbagai kementerian serta agensi kerajaan dan swasta.

Wanita dibawah pimpinannya sebelum ini, tidak kurang hebatnya.

Dalam pertemuan ekslusif bersama Jiwa Bakti baru-baru ini, Sharifah Mordiah mengakui wujud banyak perbezaan antara wanita dahulu dan kini khususnya dalam bidang politik dan wanita kini tidak lagi malu untuk tampil seiring bersama dengan lelaki dalam memperjuangkan hak rakyat.

“Dari segi persekitaran juga sudah banyak berubah dan kita dapat lihat sekarang wanita semakin lantang bersuara dan semakin meminati bidang politik.

Mordiah bersama dengan anaknya yang juga ADUN Samariang Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Mordiah bersama dengan anaknya yang juga ADUN Samariang Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Melihat penglibatan wanita kini, saya berasa sangat bangga apatah lagi dengan pembabitan golongan muda. Pada zaman saya dahulu, hanya ibu-ibu yang berminat bergerak bersama dengan parti walaupun tidak terlibat secara langsung dalam perjuangan politik, hanya membantu dari sudut tertentu sahaja,” katanya.

Katanya, wanita zaman sekarang membabitkan diri mereka secara sukarela dan sudah tahu peranan yang perlu mereka mainkan demi pembangunan parti dan rakyat.

Kalau dulu katanya, mereka terpaksa turun padang untuk mengajak dan mencari wanita yang sanggup berjuang bersama-sama.

Dalam berpolitik, Sharifah Mordiah yang juga bekas Ketua Wanita PBB berkata, Wanita harus bersedia menerima perubahan yang akan berlaku dan sentiasa menghormati kepemimpinan tertinggi parti serta setia kepada pemimpin.

Apabila diminta untuk memberi nasihat kepada wanita yang berpolitik, beliau menyarankan mereka supaya turut terlibat dalam pelbagai bidang dan sedar mengenai isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka.

Tetapi, jangan sekali-kali menabur janji jika tidak pasti sama ada kita mampu untuk melunaskannya kerana janji yang tidak ditepati akan memusnahkan kepercayaan rakyat kepada kita

Mereka juga, katanya, harus berfikiran lebih terbuka dan sentiasa bertenang supaya dapat menimbangkan keputusan dengan lebih positif terutama sekali berkaitan dengan masalah rakyat.

“Paling penting, mereka juga perlu tahu tujuan berpolitik, bertanggungjawab terhadap kepercayaan serta amanat yang diberikan oleh pimpinan tertinggi. Selain itu, sebagai wanita, mereka juga mempunyai hak untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan negeri dan membantu memperjuangkan hak rakyat,” katanya.

Walaupun sudah bersara daripada bidang politik sejak tahun 2006, Sharifah Mordiah masih lagi turun padang untuk membantu parti memenangi hati wanita supaya terus menyokong PBB.

Sebagai ibu kepada seorang ahli politik iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Semariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, beliau sering bertindak sebagai penasihat utama untuk anaknya.

Katanya, beliau sentiasa berpesan kepada Hasidah supaya sentiasa turun padang dan kerap mendekati rakyat kerana dengan merapatkan diri bersama rakyat, ia mampu meningkatkan kepercayaan mereka terhadap parti dan kerajaan khususnya.

“Bukan sahaja kepada Hasidah, malah kepada ahli politik wanita yang lain juga, mereka perlu sentiasa mengutamakan rakyat dan menjadi pendengar yang terbaik buat mereka.

“Tetapi, jangan sekali-kali menabur janji jika tidak pasti sama ada kita mampu untuk melunaskannya kerana janji yang tidak ditepati akan memusnahkan kepercayaan rakyat kepada kita,” tegasnya.

Sharifah Mordiah sebenarnya mula bergiat dalam arena politik Sarawak pada 1967, ketika baru berusia 19 tahun dan bertanding buat pertama kalinya dalam pilihan raya umum negeri bagi kawasan Sebandi pada 1979, pada usia 31 tahun.

Darah politiknya kini diturunkan kepada Sharifah Hasidah.

Datuk Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi bersama dengan menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan isteri Datin Amar Hajah Juma’ani Tuanku Bujang serta ADUN Pantai Damai Haji Abdul Rahman Junaidi dan isteri Siti Shorgayah Mohd Zaidin ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri suatu ketika dahulu.
Datuk Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi bersama dengan menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan isteri Datin Amar Hajah Juma’ani Tuanku Bujang serta ADUN Pantai Damai Haji Abdul Rahman Junaidi dan isteri Siti Shorgayah Mohd Zaidin ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri suatu ketika dahulu.

About

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>