BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Highlighted / Peralihan pucuk kepemimpinan yang licin

Peralihan pucuk kepemimpinan yang licin

SARAWAK menyaksikan satu lagi peralihan pucuk kepemipinan yang licin pada 13 Januari, 2017, apabila Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam. Abang Johari salah seorang Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dalam satu istiadat di Balai Mengadap, Astana Negeri.

Sebagai salah seorang pemimpin kanan dalam kabinet kerajaan negeri dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri selama sembilan penggal sejak 1981, Abang Johari memang layak untuk mengetuai pucuk kepemimpinan negeri Sarawak bagi menggantikan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang kembali ke rahmatullah pada 11 Januari, 2017, akibat komplikasi jantung.

Peralihan pucuk kepemimpinan negeri yang licin itu membuktikan kestabilan politik, kemantapan pentadbiran dan suasana harmoni masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Malah pelantikan Abang Johari yang memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran juga mendapat sokongan padu pucuk kepeminpinan PBB dan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Dengan kestabilan politik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, kita yakin barisan pucuk kepemimpinan yang diketuai oleh Abang Johari akan mampu menggalas tanggungjawab meneruskan legasi kecemerlangan pemimpin terdahulu serta membawa Sarawak mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030.

Selain mengecapi kestabilan politik semenjak negeri ini mencapai kemerdekaan pada 1963, rakyat Sarawak juga cukup beruntung kerana dianugerah barisan pemimpin pelapis yang bersikap adil, pemimpin untuk semua kaum, bertolak ansur dari segi agama yang dianuti oleh rakyatnya dan fokus kepada usaha membasmi kemiskinan terutama dalam masyarakat di luar bandar.

Adalah diharapkan supaya rakyat terus memberi sokongan padu kepada pucuk kepemimpinan sedia ada bagi membolehkan kerajaan menjayakan program dan agenda pembangunan untuk negeri ini. Kita percaya dengan rekod cemerlang kerajaan Barisan Nasional, rakyat boleh mengharapkan lebih banyak program atau projek pembangunan dilaksanakan di seluruh negeri ini selain mewujud lebih banyak peluang yang memberi faedah kepada masyarakat luar bandar.

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>