BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Perbarisan, rapat raksasa acara kemuncak sambutan perayaan Hari Jadi TYT Sabtu in

Perbarisan, rapat raksasa acara kemuncak sambutan perayaan Hari Jadi TYT Sabtu in

KUCHING: Istiadat perbarisan dan rapat raksasa merupakan acara kemuncak sempena sambutan perayaan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 9 September ini di Celebration Square (Dataran Perayaan), Jalan Stadium, Petra Jaya.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap Menteri bertanggungjawab terhadap sambutan perayaan berkata, buat julung kalinya perbarisan dan rapat raksasa diadakan di dataran berkenaan.
Sambutan perayaan itu bermula pada 8 September ini dengan majlis doa selamat di Masjid Jamek, Petra Jaya. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dijangka tiba di Masjid Jamek pada jam 6.30 petang. Yang turut hadir, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Amar Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Sementara, pada 9 September, perbarisan dan rapat raksasa akan bermula jam 8 pagi. Sebanyak 81 kontinjen membabitkan 4,000 peserta akan mengambil bahagian dalam perbarisan itu. Pada sebelah malamnya pula, Majlis Jamuan Negeri akan diadakan di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada jam 8 malam.
Pada 10 September pula, diadakan Majlis Jamuan Teh yang akan dihadiri TYT dan Ketua Menteri serta menteri-menteri dan barisan kenamaan lain di Hotel Waterfront, Kuching.

 

21427268_2031571287079587_7026426215937432222_o

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>