BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Perjuangan pemimpin era Brooke jadi inspirasi generasi sekarang

Perjuangan pemimpin era Brooke jadi inspirasi generasi sekarang

MELAKA: Perjuangan pemimpin kebebasan semasa era pemerintahan Brooke dan Koloni harus dijadikan inspirasi dan motivasi kepada generasi Sarawak sekarang untuk bekerjasama membangunkan negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada satu majlis jamuan malam di sini.

Ketua Menteri yang ditemani isteri, Datin Amar Dato’ Juma’ani Tuanku Bujang tiba di sini petang semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke Melaka.

Lawatan itu juga adalah sempena perhimpunan ratusan keturunan Datuk Patinggi Abang Abdul Ghafor Abang Qahar dari seluruh negara yang kebanyakannya dari Melaka dan Pahang untuk menyerikan lagi majlis malam itu.

Abang Johari adalah keturunan generasi kelima Datuk Patinggi Abang Abdul Ghafor yang turut merangkumi pemimpin kebebasan terkemuka Sherip Masahor, Rentap dan Sawing yang menentang pemerintahan Rajah James Brooke pada pertengahan tahun 1800-an. Mereka berasa tidak senang diperintah oleh Rajah Putih yang mengambilalih daripada Kesultanan Brunei.

Dianggap sebagai pemberontak oleh Rajah Putih, Datuk Patinggi Abang Abdul Ghafor dibuang daerah ke Melaka yang kemudian berkahwin semula dan meninggal dunia akibat sakit tua dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Gambon di Kampung Limbongan dekat sini.

“Perjuangan itu bukan hanya untuk kita (keturunan Datuk Patinggi Abdul Ghafor) tetapi untuk semua lapisan masyarakat yang memerlukan pucuk kepemimpinan yang baik dan adil demi menjamin masa depan lebih cerah untuk Sarawak,” tegas beliau.

Terdahulu, Abang Johari bersama rombongan serta anggota keluarga keturunan Datuk Patinggi Abdul Ghafor menziarahi makam Allahyarham yang berjaya dikesan di tanah perkuburan itu.

 

20819161_2022120084691374_1067174390185691119_o

 

20786027_2022120194691363_4425833166435391747_o

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>