BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Peruntukan RM48.36 juta naik taraf jalan Kampung Seberang

Peruntukan RM48.36 juta naik taraf jalan Kampung Seberang

SARIKEI: Satu majlis penyerahan Tapak Projek Naiktaraf Jalan Kampung Seberang, Sarikei diadakan sebagai simbolik permulaan kerja naiktaraf jalan terbabit di sini, petang tadi.

Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam menambah baik infrastruktur awam untuk kemudahan orang ramai.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Tun Abdul Rahman dan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kerja Raya Malaysia hari ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM48.36 juta untuk projek itu.

“Peruntukan ini bagi menaik taraf jalan sedia ada dua lorong dua hala dengan piawai jabatan Kerja Raya (JKR) R3 kepada 4 lorong dua hala dengan piawaian JKR U5 sepanjang 3.2 kilometer dan menaiktaraf jambatan sepanjang 120 meter merentasi Sungai Sarikei,” katanya.

Selain itu, katanya, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, akan turut dibina adalah satu jejambat pejalan kaki, menaiktaraf satu persimpangan lampu isyarat dan membina baru dua persimpangan lampu isyarat serta menyediakan ‘lay-by’ bagi kegunaan bas.

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Februari 2019,” katanya.

 

19029215_1988673844702665_1496300237320673163_n

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>