BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Highlighted / Produk pelancongan Sarawak dinaik taraf

Produk pelancongan Sarawak dinaik taraf

KUCHING: Peninggalan bangunan penjajah Inggeris di negeri ini bermula sekitar tahun 1841, turut menjadikan Sarawak sebagai salah satu lokasi terbaik untuk dikunjungi khususnya buat pencinta sejarah. Malah peninggalan menjadi antara tarikan istimewa Sarawak untuk pelancong asing dan tempatan selain kepelbagaian etnik serta kebudayaannya.

Menyedari pentingnya untuk memelihara serta memulihara peninggalan ini terutama dalam aspek pelancongan, kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dengan kerjasama Jabatan Muzium dan beberapa jabatan dan agensi berkaitan yang lain bakal mengubah landskap pelancongan negeri menjadi destinasi pelancongan bersejarah terkemuka.

Menterinya, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, RM400 juta diluluskan untuk projek itu, yang dijangka dapat memberi wajah baharu kepada pelbagai produk bersejarah di negara ini. “Kita bermula dengan projek membina semula kampus utama Muzium Sarawak yang sudah bermula di tapak Muzium Tun Abdul Razak. “Kemudian diikuti dengan menaik taraf kubu-kubu di seluruh negeri ini yang termasuk Kubu Margherita yang akan dinaik taraf sebagai Galeri Brooke,” katanya.

Beliau berkata, galeri itu akan menempatkan artifak dan bahan pameran yang akan dipinjamkan oleh Yayasan Brooke. Menariknya lagi, sebuah taman teh bertemakan British akan diwujudkan di pekarangan galeri itu bagi membolehkan pengunjung menikmati pengalaman hidup pada era pemerintahan Rajah Putih. Di samping itu, kerajaan negeri turut menjalankan pengubahsuaian di beberapa kawasan seperti Lebuh Carpenter, selain menaik taraf Tasik Reservoir kepada Tasik Perpaduan selari dengan pengisytiharaan bandar raya Kuching sabagai bandar raya perpaduan.

Selain itu, Pusat Wallace yang akan menempatkan spesimen semulajadi yang diperoleh Alfred Russel Wallace yang merupakan seorang pengembara, pakar alam sekitar, tokoh geografi, ahli antropologi dan ahli biologi terkenal yang pernah membuat kerja-kerja lapangan di Sarawak pada tahun 1850-an, turut dibina di Santubong. Pusat ini juga akan bekerjasama dengan Pusat Darwin yang beroperasi di Muzium Sejarah Semulajadi di London. Abang Johari berkata, projek menaik taraf peninggalan bersejarah ini mendapat restu serta sokongan kuat daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang merupakan antara pencinta sejarah Sarawak.

Katanya, sokongan daripada pemimpin tertinggi negeri ini juga akan melancarkan lagi kerja-kerja menaik taraf ini yang seterusnya bakal menjadikannya sebagai produk pelancongan baharu untuk Sarawak dan menjadikan negeri ini sebagai antara destinasi pilihan pelancong dari serata negara.

 

Abang Johari mempengerusikan sidang media berhubung aktiviti-aktiviti menaik taraf lokasi bersejarah di negeri Sarawak
Abang Johari mempengerusikan sidang media berhubung aktiviti-aktiviti menaik taraf lokasi bersejarah di negeri Sarawak

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>