BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Program mantapkan pembangunan belia

Program mantapkan pembangunan belia

KUCHING: Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti akan terus melaksanakan program pembangunan belia dalam usaha mempersiapkan golongan itu menghadapi cabaran masa kini dan akan datang. Menterinya, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata pihaknya telah melaksanakan pelbagai program pembangunan belia dan perkara itu akan diteruskan dengan kerjasama agensi berkaitan. “Misalnya, untuk separuh masa kedua 2016, kementerian akan menganjurkan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri.

“Selain itu, Jamboree Belia, Program Perintis Belia, Program Kepemimpinan Organiasasi, Program Rehabilitasi dan Pembangunan Belia akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi berkaitan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini. Dalam perkembangan sama, Manyin menjelaskan bahawa kementeriannya akan terus merancang dan membina kemudahan sukan dan sosial di seluruh negeri. Menurut beliau, pihaknya terbabit secara langsung dalam pelaksanaan beberapa projek pembinaan kemudahan sukan sebagai persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

“Beberapa tempat utama sukan telah siap sepenuhnya termasuk Pusat Akuatik Sarawak, Pusat Petanque di Santubong dan Stadium Tertutup Sibu, Stadium Hoki dan Arena Boling Padang,” katanya.  Bagi persiapan SUKMA 2016, kata Manyin, kementeriannya turut membina Kompleks Sukan Julau dan Mukah yang dijadual siap pada Julai dan September. “Sementara pentas utama Stadium Saratok pula sudah siap kira-kira 90 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya penghujung bulan ini (Jun),” katanya.

About

Lihat Ini

22008268_2041594796077236_1391282138626729988_n

ADUN Balingian menghadiri program merdeka@komuniti di Rumah Vincent ak Luat, Sebetong Balingian. Beliau turut menghadiri ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>