BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / PESONALITI / Raoyah tolak ganjaran kerana sayangkan parti

Raoyah tolak ganjaran kerana sayangkan parti

Dayang Raoyah
Dayang Raoyah

SARIKEI: Pi-lihan raya negeri 1987 selepas tercetusnya ‘peristiwa Ming Court’ di Kuala Lumpur adalah pi- lihan raya negeri paling sengit ditempuhi sepanjang pengli- batannya dalam politik sejak menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 1981.

Ahli Majlis Tertinggi Perge- rakan Wanita PBB Negeri me- rangkap Ketua Wanita Cawa- ngan Belawai, Dayang Raoyah Abang Adeng berkata, selain menempuhi pilihan raya ne- geri paling sengit itu, sepanjang penglibatannya dalam PBB, beliau juga pernah ditawarkan ganjaran wang ringgit yang lumayan dan tiket pergi balik ke London dengan tempat penginapan dan wang saku disediakan oleh calon lawan supaya tidak berada di Sarawak semasa tempoh berkempen.

“Bagaimanapun kesemuanya saya tolak. Menerima ganjaran sedemikian bukan prinsip perjuangan saya dalam parti. Perjuangan saya hanya untuk parti (PBB), patuh kepada ketua dan membantu calon BN menang,” katanya yang ditemui Jiwa Bakti di kediamannya di Sarikei baru-baru ini.

Raoyah yang dilantik Setia- usaha Politik Ketua Menteri pada 2014 berkata, semasa menempuhi pilihan raya negeri pada 1987, beliau ‘diserang’ oleh pihak lawan dengan melempar pelbagai tuduhan untuk mencemarkan imejnya dalam kalangan masyarakat setempat.

Paling menyakitkan, kata Raoyah, ialah lakaran gambarnya yang tidak senonoh tersebar luas di Sarikei. “Semua ini saya anggap sebagai fitnah dan cara pihak lawan untuk menjatuhkan maruah saya.

“Di samping itu, pihak berkenaan juga melemparkan pelbagai tuduhan kononnya saya memegang jawatan dalam parti senang untuk mendapatkan lesen balak, mendapatkan tanah dan pelbagai lagi.

“Saya tempuhi semua tuduhan itu dengan tenang dan banyak bersabar. Secara terus-terang saya nyatakan di  sini,   saya langsung tidak mendapatkan semua ini sungguhpun sudah lama dalam PBB. Kalau lesen memandu saya memang ada,” kata- nya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei.

Menurut Raoyah lagi, pada pilihan raya negeri 1991, beliau telah ditawarkan oleh calon parti pembangkang dengan ganjaran wang ringgit yang lumayan supaya meninggalkan kawasan sepanjang tempoh berkempen bagi mengelak beliau berkempen untuk calon BN.

Begitu juga terjadi pada pilihan raya 1996, apabila beliau ditawarkan tiket penerbangan pergi balik bercuti ke London dengan tempat penginapan serta wang saku disediakan oleh calon pembangkang supaya tidak berada di Sarikei sepanjang tempoh berkempen untuk tujuan sama.

“Kerana sayang kepada parti, mendokong perjuangan PBB, patuh kepada ketua dan memastikan supaya calon BN menang, saya menolak semua ganjaran itu. Kesetiaan saya kepada PBB tidak berbelah-bahagi. Pelbagai tuduhan serta syak wasangka saya anggap sebagai asam garam dalam politik,” tegas beliau.

Raoyah mula menjadi Ketua Wanita PBB Cawangan Belawai pada 1989 hingga sekarang. Mula menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Wanita PBB Negeri pada 1993 hingga sekarang. Beliau menganggotai Majlis Tertinggi Wanita PBB Negeri itu selepas menang bertanding (dua kali).

Bertanding bagi penggal kedua untuk menganggotai Majlis Tertinggi Wanita PBB Negeri, beliau memperoleh undi tertinggi. Sungguhpun sebagai ahli biasa dalam PBB pada 1981, katanya, beliau banyak membantu mengurus bilik gerakan dan bertanggungjawab menggerak jentera parti dalam pilihan raya negeri dan parlimen.

Ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional semasa mengadakan kunjungan Hari Raya di kediaman Dayang Raoyah di Sarikei.
Ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional semasa mengadakan kunjungan Hari Raya di kediaman Dayang Raoyah di Sarikei.

About

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>