BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Seminar Pemantapan Isu Semasa Wanita PBB

Seminar Pemantapan Isu Semasa Wanita PBB

KUCHING: Seminar Pemantapan Isu Semasa anjuran Biro Politik Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diadakan di lima zon sebagai menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Sehingga kini, seminar itu sudah diadakan di zon Limbang/Lawas pada 2 Mac lalu, zon Sri Aman/Betong (6 Mac), zon Sibu (12 Mac), zon Miri/Bintulu (19 Mac) dan zon Kuching akan ditetapkan kemudian.

Seminar itu dipengerusikan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang. Ia merupakan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Sarawak untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada jentera Wanita PBB.

Selain itu, seminar itu sebagai usaha memastikan penduduk di kawasan masing-masing tidak keliru dengan fitnah dan tohmahan yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

 

Wanita PBB bergambar kenangan selepas Seminar Pemantapan Isu Semasa bagi zon Limbang/Lawas
Wanita PBB bergambar kenangan selepas Seminar Pemantapan Isu Semasa bagi zon Limbang/Lawas

About

Lihat Ini

22008268_2041594796077236_1391282138626729988_n

ADUN Balingian menghadiri program merdeka@komuniti di Rumah Vincent ak Luat, Sebetong Balingian. Beliau turut menghadiri ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>