BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BERITA SEMASA / Sim Kheng Boon dilantik CEO DBOS

Sim Kheng Boon dilantik CEO DBOS

KUCHING: Bekas Pengarah Eksekutif Kenanga Investment Bank Bhd. Malaysia Timur, Sim Kheng Boon dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan Sarawak Bhd. (DBOS) berkuat kuasa 1 Ogos 2017.

Sim, 62, anak tempatan, kelulusan Ijazah Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Windsor, Ontario, Kanada, adalah ahli bersekutu dari Institut Berkanun Asia Bank.

Pelantikan Sim mendapat sokongan sepenuhnya daripada Ahli Lembaga DBOS termasuk pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri. Sim berpengalaman dan kemahiran lebih 30 tahun dalam industri kewangan.

Sim, tokoh korporat yang diiktiraf dalam industri berkaitan menjawat jawatan sebagai pengarah eksekutif Kenanga Investment pada 2012 hingga 2015. Beliau juga pernah berkhidmat dengan AmBank AmInvestment Bank Berhad hampir 30 tahun. Jawatan terakhir beliau dengan bank berkenaan ialah pengarah, Wilayah Sarawak.

DBOS akan mula beroperasi pada 1 Januari 2018.

 

20745989_2020362718200444_8540382456659737261_o

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>