BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / PESONALITI / Stanley, anak Kenyalang menyinari dunia seni

Stanley, anak Kenyalang menyinari dunia seni

BIODATA

Stanley Maringai David Impi
Stanley Maringai David Impi

Nama penuh: Stanley Maringai David Impi

Adik beradik: Anak bongsu daripada empat beradik

Pendidikan: Diploma in Music (Piano) di London College of Music, Diploma in Organ Studies di Royal College of Organists, London, Diploma in Applied

Science (Pharmacology) di Inti College Sarawak, Bachelors Degree in Mechatronics Engineering and Robotics di Swinburne University Sarawak dan Diploma in Culinary Arts, di SATT College

Pencapaian tertinggi: Memenangi tiga pingat Perak dan dua pingat Gangsa semasa World Championship of Performing Arts di Los Angeles

Anugerah yang pernah

diterima: Anugerah Ikon Belia Negeri Sarawak 2014.

Pingat yang dimenangi Stanley semasa menyertai World Championship of Performing Arts di Los Angeles.
Pingat yang dimenangi Stanley semasa menyertai World Championship of Performing Arts di Los Angeles.

KUCHING: Lontaran vokalnya yang bertenaga menyanyikan lagu Azura ketika sesi ujibakat Akademi Fantasia ke-enam beberapa tahun lalu, menjadi titik tolak perjalanan kariernya sebagai seorang anak seni.

Stanley Maringai Impi, anak jati Sarawak berbangsa Iban, mampu meletakkan namanya di pentas seni tanah air negara bersama-sama dengan artis lain.

Menurut Stanley, dia tidak pernah menyangka akan menjadi seorang penyanyi apatah lagi menjadi bintang rancangan realiti popular Akademi Fantasia.

“Saya masih ingat lagi juri yang menghakimi sesi uji bakat ketika itu ialah Kak Ogy Ahmad Daud dan Cikgu Shafi yang terus mengangkat kad hijau menandakan saya layak ke peringkat seterus- nya.

Reaksi Stanley ketika diumum sebagai pemenang semasa World Championship of Performing Arts di Los Angeles.
Reaksi Stanley ketika diumum sebagai pemenang semasa World Championship of Performing Arts di Los Angeles.

“Sehari selepas ujibakat, saya dipanggil untuk berjumpa Ramli MS dan kata-kata terakhir ketika perjumpaan empat mata saya dengan beliau ialah beliau mahu saya berada dalam AF,” katanya ketika ditemui.

Sepanjang berada dalam program AF, Stanley banyak menimba ilmu nyanyian, tarian selain dididik untuk menjadi seorang artis yang baik serta berdisiplin.

Namun begitu, perjalanannya di pentas AF tidak begitu panjang apabila tersingkir selepas beberapa minggu berada di dalam program itu.

Kesedihan Stanley juga tidak berakhir di situ apabila dia kehilangan ibu tersayang beberapa hari selepas keluar AF.

Bagaimanapun, bakat seni yang ada dalam dirinya sejak kecil lagi menyebabkan karier seni Stanley terus bersinar apabila  menerima pelbagai undangan untuk menyanyi di majlis korporat dan persendirian.

Dia juga sentiasa mahu menjadi lebih baik dan mengambil keputusan untuk menyertai

Stanley ketika membuat persembahan di sebuah majlis.
Stanley ketika membuat persembahan di sebuah majlis.

World Championship of Performing Arts di Los Angeles.

Usahanya membuahkan hasil apabila terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan itu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.   Nasib terus menyebelahinya apabila mendapat tempat dalam kelima-lima kategori yang disertainya sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Apabila ditanya pendapatnya mengenai bakat seni anak-anak Sarawak, Stanley mengatakan bahawa negeri ini kaya dengan bakat asli dan jika digilap, boleh menjadi sesuatu yang luar biasa.

“Bukan mudah untuk menjadi seorang penghibur yang baik. Banyak halangan serta cabaran yang perlu ditempuhi tetapi semua itu adalah kemanisan sebenar dalam perjuangan seorang anak seni.

“Bakat itu memang penting dan perlu ada tetapi ia akan jadi lebih berguna sekiranya kita mampu menghias bakat kita itu dengan tingkah laku serta peribadi yang elok dan sentiasa merendah diri dalam apa jua kejayaan yang kita kecapi,” katanya.

Stanley merakamkan kenangan bersama penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza.
Stanley merakamkan kenangan bersama penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza.

About

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>