BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BELASUNGKAWA / Tun Abdul Rahman – tetap dikenang

Tun Abdul Rahman – tetap dikenang

KUCHING: Rakyat Sarawak merasai satu kehilangan besar dengan pemergian Allahyarham Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub, 87, yang meninggal dunia pada jam 9.35 malam, 9 Januari lalu, kerana sakit tua. Allahyarham Tun Abdul Rahman yang disifatkan oleh rakyat Sarawak sebagai arkitek pembangunan Bumi Kenyalang dan menamatkan ancaman komunis, merupakan…

Overview

DESIGN
DISPLAY
RECEPTION / CALL QUALITY
PERFORMANCE
SOFTWARE
BATTERY LIFE
ECOSYSTEM

Good

You're all clear, kid. Let's blow this thing and go home! But with the blast shield down,

User Rating: 4.28 ( 3 votes)
90

KUCHING: Rakyat Sarawak merasai satu kehilangan besar dengan pemergian Allahyarham Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub, 87, yang meninggal dunia pada jam 9.35 malam, 9 Januari lalu, kerana sakit tua.

Allahyarham Tun Abdul Rahman yang disifatkan oleh rakyat Sarawak sebagai arkitek pembangunan Bumi Kenyalang dan menamatkan ancaman komunis, merupakan seorang negarawan yang sukar dicari ganti.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba pernah berkata, Tun Abdul Rahman hanya mengambil masa selama 10 tahun membangunkan Sarawak setaraf dengan kemajuan selama 100 tahun yang dilakukan oleh pemerintahan Rajah Brooke dan kerajaan Koloni.

Allahyarham Tun Abdul Rahman merupakan Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak keempat. Beliau memimpin Sarawak sebagai Ketua Menteri mulai 7 Julai, 1970 hingga 26 Mac, 1981 dan menggalas tugas sebagai Yang Di-Pertua Negeri mulai 2 April, 1981 hingga 2 April, 1985.

Dilahirkan di Kampung Jepak, Bintulu, pada 3 Januari, 1928, sumbangan Allahyarham Tun Abdul Rahman kepada negara dan negeri Sarawak baik dalam bidang pendidikan, keselamatan, politik, pembangunan sosioekonomi, kemajuan dan keagamaan memang cukup besar.

Dalam bidang pendidikan, beliau menghapuskan Common Entrance Examination untuk membolehkan semua pelajar tamat Darjah Enam memasuki sekolah menengah dan menubuhkan Yayasan Sarawak untuk menyedia biasiswa kepada pelajar layak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Rakyat Sarawak terutama yang lahir sebelum merdeka tentu masih ingat mengenai ancaman komunis pada lewat tahun 60-an dan awal tahun 70-an. Atas kebijaksanaan Allahyarham Tun Abdul Rahman, ketua pemimpin komunis, Bong Kee Chok menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 20 Oktober, 1973, di Simanggang untuk menamatkan ancaman komunis di Sarawak

Sejurus selepas itu Operasi Sri Aman dilancarkan dan dalam Operasi Sri Aman pada 1974, Allahyarham Tun Abdul Rahman berjaya meyakinkan Bong Kee Chok, salah seorang pemimpin Parti Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) untuk bersama-sama 482 gerila komunis meletakkan senjata – menamatkan ancaman komunis.

Tun Abdul Rahman adalah pengasas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) – cantuman Parti Bumiputera Sarawak dan Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) – yang menjadi parti tulang belakang kerajaan Barisan Nasional negeri sekarang. Beliau adalah Setiausaha Agung pertama PBB yang dipimpin oleh (Presiden pertama) Tun Temenggong Jugah Barieng.

Kemajuan pesat di Petra Jaya sekarang adalah hasil ilham dan rintisan jalan yang dibuka oleh Allahyarham Tun Abdul Rahman. Di bawah pimpinan Tun Abdul Rahman, dua lagi bahagian pentadbiran baharu diwujudkan untuk menjadikan Sarawak di bawah pentadbiran tujuh bahagian. Dua bahagian baharu itu ialah Bahagian Sarikei (Bahagian Keenam) dan Bahagian Kapit (Bahagian Ketujuh) selepas Bahagian Ketiga (Sibu) dipecah menjadi tiga bahagian.

Catatan di atas merupakan sebahagian daripada sumbangan besar Allahyarham Tun Abdul Rahman untuk membawa Sarawak maju ke hadapan. Atas jasa bakti serta sumbangan besar Allahyarham Tun Abdul Rahman, rakyat Sarawak kini mengecapi kemakmuran. Jasa mu tetap rakyat Sarawak kenangkan untuk selama-lamanya. Semoga jasad Allahyarham Tun Abdul Rahman ditempatkan di kalangan syuhada dan orang-orang yang beriman. Aamiin.

TURUT SEDIH… Yang Di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg semasa menziarahi jenazah Allahyarham Tun Abdul Rahman.

 

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>