BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Highlighted / Walikota Limbang ajak orang muda sertai politik

Walikota Limbang ajak orang muda sertai politik

KUCHING: Kesedaran golongan muda untuk turut terbabit dalam politik kepartian masih rendah, terutama di kawasan bandar. Itu pendapat walikota Limbang, Sufian Mohat,34, yang tidak menolak kemungkinan pembangunan pesat kawasan bandar, menyebabkan belia di kota tidak begitu tertarik dengan politik. “Hal ini mungkin kerana meraka sudah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan dan hanya mahu penambahbaikan ke atas kemudahan itu. “Berbeza dengan belia di kawasan luar bandar, mereka masih belum dapat menikmati kemudahan dan pembanguna seperti yang ada di bandar. Justeru, mereka mengambil peluang untuk menyertai politik supaya dapat sama-sama menyumbang buah fikiran mengenai kekurangan di kawasan,” katanya ketika ditemui.

Sufian yang berasal dari Kampung Pahlawan, Limbang menyifatkan politik sebagai landasan untuk rakyat mendekati pemimpin dan seterusnya memohon pembangunan di kawasan. Beliau yang juga Ketua Pemuda PBB di Limbang berkata pembabitan golongan belia dalam politik sangat penting bagi memastikan kesinambungan sesebuah pentadbiran kerajaan dan seterusnya dapat menjayakan agenda pembangunan kerajaan. Katanya, menarik minat golongan belia untuk menceburi politik, sesebuah parti politik itu juga perlu tahu kehendak dan keperluan belia di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, aktiviti yang memfokuskan pembabitan belia perlu diadakan supaya tanggapan mereka bahawa politik hanya untuk golongan veteran sahaja dapat dihakis. Sufian, yang sangat mengagumi kepemimpinan Ketua Menteri berkata, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem adalah seorang idola yang patut dicontohi semua pemimpin. “Keperibadian beliau yang lucu tetapi tegas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mudah didekati tetapi sangat fokus terhadap apa yang dilakukannya. “Beliau juga adalah pemimpin yang benar-benar prihatin terhadap rakyat kerana semua pelan dan tindakan yang dilakukannya sepanjang menjadi Ketua Menteri adalah untuk kebajikan rakyat,” katanya.

 

Sufian (tengah,duduk) bersama rakan-rakan merakamkan kenangan ketika menghadiri sebuah program
Sufian (tengah,duduk) bersama rakan-rakan merakamkan kenangan ketika menghadiri sebuah program

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>