BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / SEJARAH / Wan Hamid masih simpan minit mesyuarat pertama BARJASA di Sibu

Wan Hamid masih simpan minit mesyuarat pertama BARJASA di Sibu

Antara yang hadir pada 1961 itu ialah Satem, bapa Ketua Menteri sekarang

Biodata

Temenggung Datuk Wan Hamid Edrus Tuanku Mohamad.

Lahir pada tahun 1947.

Tempat lahir: Kampung Nyabor, Sibu.

Info:

. Bergiat aktif dalam PBB pada tahun 1980.

. Dilantik Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PBB Negeri dan dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PBB Negeri.

. Menjadi Ahli Majlis Tertinggi PBB selama tiga penggal

. Menjadi Senator selama dua penggal 1990 hingga 1996.

. Dilantik menjadi Temenggong pada 1998 hingga sekarang.

Wan Hamid Edruce  Tuanku Mohamad
Wan Hamid Edruce
Tuanku Mohamad

SIBU: Ketika Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) mula ditubuhkan pada 1961, bapa kepada Ketua Menteri Sarawak sekarang, Satem Sulong turut terbabit dan mengadakan mesyuarat pertama penubuhannya di Sibu.

Pemimpin veteran PBB dari Sibu, Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad, berkata parti BARJASA ketika itu mula diasaskan oleh Tuanku Bujang.

“Ketika Tuanku  Bujang         Tuanku Othman menubuhkan BARJASA pada 4 Disember 1961, Satem, Su’ut Tahir, Philip Jitam, Ataellah, Naim Sulaiman, Mohammad Bakri, Ramli Leman, Awan Rekan, Jara’ee, Alfred Mason, Abang Han Abang Ahmad serta beberapa pemimpin lagi mengadakan mes-  yuarat pertamanya di kediaman datuk saya di Sibu,” katanya.

Ketika ditemui di kediamannya di sini baru-baru ini, Wan Hamid berkata, bahawa beliau memang mengenali Satem ketika zaman bujangnya.

Parti BARJASA kemudian bercantum dengan Parti Negara Sarawak (PANAS), menjadi Parti Bumiputera. Pada September 1972, parti Bumiputera pula bergabung dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA), menjadi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan didaftarkan secara rasmi pada 30 April 1973.

Minit mesyuarat pertama BARJASA masih berada dalam simpanan Wan Hamid
Minit mesyuarat pertama BARJASA masih berada dalam simpanan Wan Hamid

Wan Hamid juga masih menyimpan minit mesyuarat pertama ahli jawatankuasa protem BARJASA serta ucapan Tuanku Bujang ketika merasmikan mesyuarat itu.

Wan Hamid sebenarnya mula bergiat cergas dalam PBB pada 1980. Sebelum bergiat cergas dalam PBB, beliau terdahulu banyak membantu dan terlibat secara langsung bersama arwah datuk dan bapanya mengembang pengaruh BARJASA di kalangan masyarakat tempatan di Sibu sehinggalah terbentuk Parti Bumiputera dan PBB.

  “Semasa saya bergiat dalam politik dahulu, ahli PBB mahupun orang perseorangan secara sukarela turun beramai-ramai bekerja menyokong parti. Bagaimanapun, berlainan dengan era sekarang mungkin disebabkan masyarakat kini ramai yang berpelajaran dan menguasai teknologi maklumat.

“Dalam hubungan ini, kita sebagai pemimpin harus lebih kerap turun padang menemui ahli parti atau masyarakat di sekeliling katanya dalam temuramah eksklusif bersama Jiwa Bakti.

Namun, faktor yang menarik minatnya untuk bergiat cergas dalam dunia politik tanah air ialah kerana rasa prihatin terhadap masyarakat Bumiputera di sekeliling bandar Sibu yang jauh ketinggalan.

Selain itu, pembabitannya dalam politik juga kerana mahu berjuang membangunkan masyarakat Bumiputera supaya setaraf dengan kaum Cina.

Hakikatnya, pembabitan awal Wan Hamid dalam PBB ialah menjadi Ketua Cawangan Seduan. Dilantik menjadi Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PBB Negeri dan selepas itu dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PBB Negeri.

Beliau kini banyak bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bidang keagamaan dan membantu usahawan tempatan.

Di samping menjadi pemimpin tempatan, Wan Hamid juga menyertai kepemimpinan di peringkat pusat PBB dengan menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Kerana ketokohannya, Wan Hamid menang beberapa kali sejak 1988 dalam pertandingan merebut jawatan parti.

Wan Hamid terus diberi kepercayaan oleh pucuk kepemimpinan PBB apabila dilantik menjadi Senator pada 1990.

  Tugas itu disandang selama dua penggal sehingga 1996. Beliau berasa bertuah dan tidak menghadapi banyak masalah untuk memikul tugas sebagai Senator kerana pernah menimba pengalaman serba sedikit daripada Tuanku Bujang.

Dalam politik tempatan di Sibu, Wan Hamid adalah pemimpin yang memain peranan besar apabila calon Barisan Nasional (BN), Awang Bemee Awang Ali Basah, yang mula bertanding bagi kawasan baharu N49 Nangka ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri menang tanpa bertanding pada pilihan raya negeri 1996.

Wan Hamid (kanan) memerhatikan Yusna Matali menyampaikan cenderamata kepada Dr Annuar Rapaee (kanan) selepas majlis merasmikan penubuhan Persatuan Alumni SK Abang Ali di Sibu.
Wan Hamid (kanan) memerhatikan Yusna Matali menyampaikan cenderamata kepada Dr Annuar Rapaee (kanan) selepas majlis merasmikan penubuhan Persatuan Alumni SK Abang Ali di Sibu.

About

Lihat Ini

Ayah angkat Wan Adruce memegang tombak Sharif Masahor.

Sharif Masahor

SHARIF Masahor atau nama sebenar Sayyid Mashyur bin Muhammad Al-Shahab merupakan seorang pemimpin yang amat ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>