BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / BELASUNGKAWA / Zahid ziarah pusara Adenan

Zahid ziarah pusara Adenan

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi pusara Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini, petang tadi.

Beliau yang tiba terlebih dahulu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 5 petang tadi sebelum beredar kira-kira 30 minit kemudian, menghadiahkan bacaan doa surah yassin dan menyiram air mawar ke atas pusara Allahyarham.

Turut menyambut kedatangan beliau ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Prof Dr. Sim Kui Hian serta anak-anak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Adenan menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan pada 11 Januari lalu jam 1.24 petang.

 

16114785_1912098345693549_7778042579694600274_n

About

Lihat Ini

20994275_2027386950831354_2497259724625860645_n

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>