Nyaris maut dua kereta bertembung di Jalan Simpang Bulat, Sarikei

SARIKEI: Tujuh orang dari keluarga nyaris maut apabila dua kereta mereka naiki bertembung dalam kemalangan jalan raya di kilometer 5 Jalan Simpang Bulat dekat sini, kira-kira 1.30 petang hari ini.

Kemalangan dikatakan berlaku kereta Perodua Viva yang dinaiki lima sekeluarga dalam perjalanan dari arah Sarikei ke Julau telah hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu melanggar kereta kenderaan pelbagai guna(MPV) Alza yang berada di laluan bertentangan.

Akibat kemalangan itu kereta Viva dipandu lelaki,39 tahun yang bekerja sendiri terbabas serta tersadai di atas parit dalam keadaan terbalik manakala isteri berusia 36 tahun, tiga anak mereka berusia 5 tahun, 9 tahun dan 13 tahun hanya mengalami luka kecil di beberapa bahagia badan.

Manakala pekebun yang memandu kereta Alza itu berusia 58 tahun bersama isterinya berusia 53 tahun dalam perjalanan dari kebun ke bandar Sarikei tidak mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei, DSP Zamry Alli berkata, kedua-dua kenderaan tersebut rosak di bahagian tepi kanan dan telah ditunda ke IPD Sarikei untuk siasatan lanjut.