Sofian Abu Bakar KPD Meradong baharu

BINTANGOR : Deputi Superitendan Polis (DSP) Sofian Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Meradong yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Sofian, 41, pernah bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Padawan.

Sebelum ini, jawatan pemangku Ketua Polis Daerah Meradong dipertanggungjawabkan kepada Inspektor Sawandi Brahim yang merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong.

Majlis serah dan terima tugas antara Sofian dengan Sawandi disaksikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar.

Dalam ucapannya, Sofian berharap semua warga IPD Meradong memberikan kerjasama dalam usaha meningkatkan imej Polis di samping membanteras kegiatan jenayah di daerah berkenaan.

“Kerjasama antara masyarakat dan polis juga amat penting untuk membendung jenayah dengan lebih berkesan,” katanya.