Penunggang motosikal maut nahas jalan raya

SIBU: Seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian dalam kemalangan jalan raya antara sebuah motosikal dan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sungai Bidut kira-kira 12.15 tengahari semalam.

Semasa kejadian kenderaan pacuan empat roda itu dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dan cuba memotong sebuah motosikal dihadapannya tetapi penunggang motosikal itu dikatakan tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan perlanggaran berlaku.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, berkata penunggang motosikal yang maut itu dikenali sebagai Zurairi Yusuf berusia 40 tahun berasal dari Kampung Semop, Bahagian Mukah.

Beliau berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih lagi dalam siasatan.