Projek perumahan Darul Hana dijangka siap pertengahan 2019

KUCHING – Pembinaan projek perumahan Projek Darul Hana di sini akan bermula dengan membina terlebih dahulu empat rumah contoh yang akan siap dalam tempoh dua bulan.

Sebagai pemulaan projek , pihak pemaju akan membina Blok 1A Dan Blok 2A yang mana blok tersebut dijangka siap pada pertengahan tahun 2019.

Menteri Muda Kementerian Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Projek Darul Hana adalah satu penempatan semula yang terbesar di negeri ini.

“Projek ini meIibatkan 12,700 orang dari 12 buah kampung.

“Penempatan ini juga melibatkan lebih kurang 2, 653 keluarga dan 7,000 keluarga tambahan,”katanya dalam ucapan pada Majlis Doa Selamat Pembinaan Mula kerja Perumahan Projek Darul Hana di Masjid Darul Hana di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perumahan Sarawak Mohd Azman Mohamad.