Ahli Parlimen Igan hulur sumbangan banjir kepada 450 penerima

MATU: Seramai 450 penerima terdiri daripada golongan kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan memerlukan menerima bantuan banjir di Dewan Masyarakat Kampung Tian, di sini hari ini.

Majlis penyampaian dilakukan Ahli Parlimen Igan, Datuk Wahab Dolah. Sumbangan yang disampaikan berbentuk barangan keperluan harian dan wang.
Bantuan itu dihulurkan berikutan bencana banjir yang melanda Matu dan kawasan sekitarnya baru-baru ini.

Di samping itu, Wahab turut menyampaikan wang kepada kumpulan zikir yang menyertai pertandingan zikir marhaban. Setiap kumpulan menerima wang tunai RM3,000, sebanyak 28 kumpulan menyertai pertandingan.

Bagi menyerikan majlis, persembahan zikir marhaban dari Kumpulan Sautul Falaq dari Kampung Tian, Matu dan Kumpulan Nur Kasih dari Kampung Saai, Daro.

Penyanyi 60-an yang terkenal dengan lagu Ayahku Kahwin Lagi, Datuk L.Ramlee turut memeriahkan majlis sekali gus menggamatkan dewan.