Anggota 9 Briged bantu bersih SK Kuala Pelugau

SELANGAU: Seramai 40 anggota tentera naungan 9 Briged turut serta dalam Program Jiwa Murni (PJM) Pasca Banjir di SK Kuala Pelugau, Selangau hari ini.

Program ini turut disertai masing-masing lima guru PIBG dan anggota bomba. Ia dilihat sebagai satu perkara yang baik di samping mengekalkan hubungan baik antara tentera dan masyarakat.

Program ini bertujuan membersihkan persekitaran sekolah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Pihak Tentera dan pihak Bomba bekerjasama membersihkan laluan jalan perhubungan antara kelas dengan bilik darjah guru, membuang lumpur yang menutupi simen di sekitar kawasan sekolah.

Program ini mendapat sambutan baik daripada penduduk di sekitar kawasan selain dapat mengeratkan hubungan di antara tentera dan masyarakat.