JKR Sarawak laksana 51 sekolah daif guna IBS

KUCHING: Sebanyak 51 sekolah daif membabitkan anggaran kos projek bernilai RM130, 621 akan dibina semula dan dinaik taraf di negeri ini.
Ia merupakan fasa pertama akan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.
Dalam pada itu, sebanyak 66 lagi projek menaik taraf sekolah daif di negeri ini bagi fasa 1 akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Majlis penyerahan surat setuju terima projek pembinaan dan naik taraf sekolah daif menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri(IBS) dilakukan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini di SK Sungai Pinang, Bau.