PETROS: Sarawak yakin urus sumber kekayaan negeri

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) merupakan satu daripada peralihan kuasa yang dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berucap melancarkan PETROS di sini malam ini, Abang Johari berkata dengan penubuhan syarikat ini akan membolehkan Sarawak memainkan peranan sendiri dalam mengurus kekayaan sumber negeri ini untuk faedah rakyat.

Dengan memperoleh hasil tambahan melalui syarikat minyak dan gas itu, Sarawak diyakini boleh muncul sebagai kuasa negeri maju yang baharu di Asia, katanya.

Ketua Menteri berkata, walaupun Sarawak memiliki PETROS, namun negeri ini bersedia bekerjasama dengan Petronas.