Rumah Renang bakal dapat bekalan air bersih guna tenaga solar Australia

BALINGIAN: Lebih 50 penduduk Rumah Panjang Renang ak Nayor bakal mendapat bekalan air bersih menggunakan tenaga solar yang digunakan di Australia.
Ini merupakan projek pertama seumpama ini dipasang di negeri Sarawak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dipilih untuk projek perintis itu.
Pemasangan air bersih itu menggunakan tenaga solar itu oleh kumpulan Techkem Water Malaysia.
Projek ini merupakan projek bekalan air bersih tanpa menggunakan tenaga letrik sebaliknya ia berfungsi menggunakan tenaga solar yang mana prosesan terus di tangki bekalan pertama yang bertindak sebagai ‘water processors’.
Kemudian dapat diminum dengan selamat sebaik sahaja ia keluar dari tangki bekalan kedua.
Projek ini banyak digunakan di pedalaman Australia sebelum teknologi ini dibawa ke Malaysia.
Rumah Renang juga dapat bekalan letrik dengan tenaga solar itu melibatkan kapasiti kuasa 300 watt untuk membantu menerangi rumah mereka. Seramai enam anggota bersama tiga anggota profesional melaksanakan projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Projek serupa turut dilaksanakan di Puchong, Selangor.
Projek itu mendapat kerjasama daripada penduduk rumah panjang itu yang terletak di Sungai Kelapuhan, Balingian.
Pegawai khas ADUN Balingian, Che Ghazali Arbi mewakili ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi hadir semasa pelaksanaan projek itu selain pakar Techkem Water (Australia) Crist, Pengarah Urusannya (Malaysia), James Ang dan Pengurus Projek, Dr Chew.