Peserta luar negara dan Johor mula tiba di Festival Layang-Layang Kabong

KABONG: Peserta dari Ukraine, Thailand, Indonesia, Singapura dan Johor merupakan peserta paling awal
menjejakkan kaki ke Pantai Tanjung Kembang Kabong petang ini.

Kedatangan peserta kira-kira jam 3.30 petang disambut Pengerusi Pengelola Festival Layang-Layang Kabong 2018, Kamaludin Alkap yang juga Pegawai Daerah Kabong.

Peserta dari Austria, China, Australia, Afrika Selatan, Brunei Darussalam, Scotland dan sebahagian lagi peserta Semenanjung Malaysia dijadual tiba esok.

Pada Jumaat ( pagi dan petang) sesi saringan untuk peserta pertandingan Bintang Kabong Kite bermula.

Pada jam 8. 30 malam akan berlangsung final dengan menampilkan 15 peserta terbaik yang berjaya melepasi sesi saringan yang dilakukan pada sebelah siangnya.

Acara sepenuhnya Festival Layang-Layang Kabong akan berlangsung pada Sabtu (10 Mac) dan acara perasmian pada Ahad (11 Mac, jam 10. 30 pagi).