18 lagi Rumah Ihsan Wan Junaidi bakal dibina

KUCHING: Sebanyak 18 rumah Projek Rumah Ihsan Wan Junaidi akan dibina pada tahun ini.
Penerima untuk rumah tersebut sudah dikenal pasti, bertujuan membantu golongan miskin dalam masyarakat di kawasan Parlimen P.193 Santubong.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasmikan projek Rumah Ihsan Wan Junaidi (PRIWJ) di Kampung Panglima Seman Ulu di sini, hari ini.
Sementara itu, 18 rumah sudah siap dibina pada tahun 2015 hingga 2017.
Kos bagi sebuah rumah itu ialah RM70,000 dan setiap rumah dibekalkan dengan kelengkapan perabot.