ADUN Kabong ziarah Ramadan di surau Amanah Kampung Hilir

KABONG: ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir dan isteri memanfaatkan bulan Ramadan yang mulia dengan meluangkan masa bagi mendekati rakyat dengan solat berjemaah di beberapa surau di sini.

Salah sebuah surau yang menjadi persinggahan beliau dan isteri ialah Surau Amanah Kampung Hilir Darat Kabong.

Pihak jawatankuasa surau tersebut merakamkan terima kasih kepada Mohd Chee dan isteri yang sudi untuk hadir berjemaah solat Isya dan terawih di surau kampung berkenaan.

Penghargaan turut diucapkan atas kesudian Chee menyumbang sebanyak RM2, 000 kepada surau berkenaan.

Chee dan isteri turut meluangkan masa untuk sama- sama moreh bersama jemaah selepas selesai solat.