Penduduk rumah panjang Sg Serban diberi taklimat projek bekalan air

DARO: Penduduk Rumah Panjang kawasan Sungai Serban di sini, diberi taklimat mengenai perkembangan pelaksanaan projek bekalan air di kawasan itu pada hari ini.
Projek bekalan air di rumah panjang itu bernilai RM8.2 juta dilaksanakan oleh kontraktor bertanggungjawab, Exxor Technology Sdn Bhd.
Penduduk rumah panjang diberi taklimat oleh pegawai dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dan wakil kontraktor berkenaan.
Taklimat itu disampaikan semasa kunjungan dua wakil rakyat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro, Safiee Ahmad dan Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi semasa majlis Ngiling Bidak di Rumah Panjang Minang, Sungai Serban Batang Lassa, yang kemudian meninjau projek itu.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, John Wong Toh Koo, tuai-tuai rumah dari kawasan Batang Lassa.
Program diakhiri dengan upacara memotong “ R ANYAI” sebagai simbolik berakhir sambutan Gawai Dayak.